Thursday, November 25, 2010

Gambar Terbaru Rabecca Nur Al Islam, Contoh Terbaik Islam Pada Nama

 
Siapa’lah kami sebenarnya untuk judge ciptaan Tuhan yang lain’nya. Kami juga tidak sempurna mana. Lagi gambar Rabecca Nur Al Islam selepas ini. Jangan berdarah hidung, pesan kami.
Tetapi, ada juga moleknya kalau Rabecca Nur Al Islam guna nama baru, mungkin Rabecca sahaja, demi menutup mulut orang-orang yang peka akan hal sebegini...READ MORE

Bekas KM Pulau Pinang, Lim Chong Eu meninggal dunia


Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu, 91 meninggal dunia hari ini akibat serangan angin ahmar.
Ketua menteri selama 21 tahun itu meninggalkan seorang balu, dua anak lelaki dan dua anak perempuan...READ MORE

Wednesday, November 24, 2010

Apa nak disembunyikan pada penduduk Kg Baru

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membentangkan cadangan Rang Undang-Undang Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru kepada penduduk terlebih dahulu sebelum ianya dibentangkan di Parlimen...READ MORE

Apabila ulama muda pilih teguran sir






ULAMA muda UMNO yang 40 orang itu memilih kaedah sir iaitu cara tersembunyi bagi menegur pimpinan  UMNO dan pimpinan kerajaan jika berlaku sesuatu perlanggaran terhadap Islam.
Seperti pengumuman Perdana Menteri dalam bajet 2011 bagi menjadikan Malaysia hub hiburan malam dan siang.
Ulama tua baik yang bekerja dengan kerajaan seperti Mufti Perak dan ulama haraki membuat teguran terbuka. Tiada kenyataan dari ulama muda UMNO. Reaksi mereka mengikut jurucakapnya, teguran mereka secara sir.
Ertinya, mereka bekerja tetapi apa yang dibuat tidak diketahui umum.
Pandangan ulama tentang hub hiburan, baik ia dijalankan atau tidak dijalankan, diketahui umum sebagai bercanggah dengan ajaran Islam. Baik sir atau terbuka, ia salah...READ MORE

Saturday, November 20, 2010

Bulatan Bayan Baru

binaan jalan pintas "pintar" di Bulatan Bayan Baru

19 November 2010 - Beginilah keadaan saban petang yang terpaksa dilalui oleh pengguna jalanraya yang menghala ke arah Bulatan Bayan Baru terutama pada hari berkerja.

-melayupulau-

Orang Hilang

***sekadar berkongsi. Sama-samalah kita cuba membantu.

-melayupulau-

Thursday, November 18, 2010

Petikan E-mel kepada DLL TV1 (2 Nov 2009)

statistik pada tahun 2009
 Assalammualaikum WBT,

Sedang saya menonton Berita Nasional jam 12.00 malam pada 1 November 2009, saya terpaku dengan montaj paparan tajuk DLL pada jam 10 malam ini. "Melayu Pulau Pinang Terpinggir?"

Sebuah isu yang masih tiada berkesudahan walaupun seringkali dibincangkan. Isu yang hanya menjadi buah mulut tanpa sebarang solusi. Harapan Melayu Pulau Pinang untuk bangkit tidak pernah pudar. Malah makin membuak-buak. Namun salurannya sering terbatas dan hangat-hangat tahi ayam.

Saya merupakan salah seorang Melayu Pulau Pinang yang pastinya merasakan peminggiran ini di negeri sendiri. Namun persoalannya sampai bila? Bukan hendak menuding jari tapi dimanakah kesudahannya.

Ingin saya kongsikan pendapat saya dalam topik minggu ini. Pertama sekali, MENTALITI Melayu Pulau Pinang perlu diubah. Jika di lihat secara rambang, Melayu Pulau Pinang kebanyakan tidak berpeluang melangkah jauh seperti Melayu di negeri lain. Jika ada pun sering terbatas. Akibatnya, Melayu Pulau Pinang hanya mampu pasrah dengan apa yang ada.

Kebanyakan Melayu Pulau Pinang lebih rela makan gaji. Bekerja kilang menjadi pilihan. Tiada pilihan yang lebih baik. Haluan tidak jelas. Pada pertengahan tahun ini, seluruh dunia dilanda kemelut ekonomi yang teruk. Sektor perkilangan adalah paling terjejas. Melayu Pulau Pinang amat terkesan. Bergolok bergadai terpaksa menjadi amalan demi meneruskan kehidupan. Sudah menjadi tradisi setiap kali sektor perkilangan ini menghadapi kemelut.

Berdasarkan pengalaman yang saya sendiri lalui, kemampuan Melayu P.Pinang hanya sekadar bersifat cukup makan. Tidak banyak anak Melayu P.Pinang berpeluang menjana ekonomi sendiri. Saingan bangsa lain yang sudah menapak kukuh membataskan peluang yang diintai.

Di P.Pinang, jika kita melihat kereta BMW 7 series menyusur di jalanan, pastinya pemiliknya bukan Melayu. Ini hakikat. Saya amat cemburu melihat nasib sebaliknya bangsa Melayu di luar. Amat berbeza dan boleh dibanggakan. Manakah kurangnya Melayu P.Pinang?

Dari segi pendidikan, tidak banyak Melayu P.Pinang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Setakat SPM sudah memadai. Seperti yang saya tekankan, haluan tidak jelas. Anak Melayu P.Pinang lebih berminat menerusi tradisi yang dianggap selamat dengan makan gaji di sektor perkilangan. Apakah tiada peluang lain untuk melangkah lebih jauh? MENTALITI harus diubah. Cuba mencipta inovasi namun sokongan adalah perlu. Jangan separuh jalan. Usaha tidak boleh hangat-hangat tahi ayam.

Melayu P.Pinang perlahan-lahan diusir keluar. Dibina rumah-rumah mewah di kawasan pekan dan bandar yang pastinya orang Melayu tidak mampu menghuninya. Oleh yang demikian, terpaksa keluar dari negeri sendiri. Ada Melayu yang asalnya dari P.Pinang dan berkerja di P.Pinang terpaksa berulang alik dari Kulim. Malahan ada juga dari Changlun, Kedah. Apa dah jadi? Seolah mengemis di negeri sendiri.

Golongan intelektual & profesional Melayu P.Pinang sendiri kebanyakannya terpaksa memilih untuk keluar dari negeri ini. Tiada peluang yang jelas. Bincang tetap tidak sudah. Melayu P.Pinang mahukan solusi. Golongan ini perlu kembali untuk menjana perkembangan Melayu P.Pinang.

Semoga DLL dapat menjadi hamparan kepada anjakan paradigma pertama kepada Melayu P.Pinang untuk berubah. Sedarlah Melayu P.Pinang!

Sekian.

MELAYU INGIN SOLUSI

-melayupulau-

Mizz Nina: Benar, Saya Sudah Bertunang Dengan Noh!



KUALA LUMPUR 16 NOV 2010: "Benar, saya sudah pun bertunang dengan Noh Hujan pada 6 November 2010 lalu dan dalam majlis itu kami hanya menjemput keluarga yang terdekat sahaja. Bukan berniat mahu menyorok daripada sesiapa tapi ia dilakukan secara sederhana," jelas Mizz Nina membuka bicara mengenai kisah pertunangannya dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh...READ MORE

(GOSIP)Zain Saidin, Adik Shasha Elite Bercinta Dengan Rozita Che Wan?


Ini adalah gosip semata-mata. Kebenaran cerita tentang Zain Saidin, adik kepada Shasha Elite sedang bercinta dengan Rozita Che Wan tidaklah dapat disahkan. Gosip ini timbul selepas semalam kami menerima email yang menyatakan ada orang ternampak Zain Saidin berjalan berpegangan tangan dengan Rozita Che Wan di Sunway Pyramid semasa sedang naik eskalator...READ MORE

Bazar paling gah di George Town

PERBEZAAN fizikal bangunan Pasar Chowrasta, George Town pada masa kini berbanding pada tahun 1950-an.
 
LALUAN menuju ke gerai A9 di tingkat satu pasar tersebut kelihatan sesak. Timbunan buku-buku lama dan terpakai tersusun rapi di bahu-bahu laluan itu sudah lebih dua dekad menjadi pemandangan biasa bagi Gulam Mohemed, 55. 

Pengusaha kedai buku terpakai itu sebenarnya merupakan salah seorang daripada kira-kira 10 peniaga buku lama yang masih giat beroperasi di pasar itu.

“Lebih kurang tiga hingga empat buah kedai buku seperti ini sudah lama ditutup setelah pemiliknya meninggal dunia,” kata Gulam kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di Pasar Chowrasta, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Berasal daripada perkataan Urdu, Chowrasta yang membawa maksud simpang empat merupakan salah satu daripada dua buah pasar masyarakat di bandar raya itu. Terletak di persimpangan Jalan Penang, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Lebuh Tamil, pasar itu telah menjadi lokasi Gulam mencari rezeki untuk menyara keluarga...READ MORE

Empat terkorban pagi Aidiladha

KEADAAN kereta Proton Iswara dinaiki enam beranak yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Slim River semalam.

SLIM RIVER – Hasrat enam sekeluarga menyambut Hari Raya Aidiladha bersama sanak saudara di kampung tidak kesampaian apabila empat daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Slim River di sini semalam...READ MORE

Habuan Penduduk Kg. Buah Pala

Sebelum aku mengomel lebih lanjut, tahniah diucapkan kepada penduduk Kg. Buah Pala kerana perjuangan mereka telah menemui habuan yang sangat berbaloi-baloi. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.

Baru-baru ini aku telah berkunjung ke Kg. Buah Pala bagi meninjau kampung yang suatu masa dahulu telah mencetuskan kontrovesi panas sehingga melibatkan campur tangan politik.

Alangkah terkejutnya aku melihat keadaan kampung yang suatu ketika dahulu dalam keadaan daif telah bertukar kepada kawasan yang bakal dikelaskan sebagai kawasan perumahan elit. Transformasi dari Kg. Buah Pala kepada Lorong Buah Pala.

Pastinya setiap rakyat di Pulau Pinang akan mencemburui nikmat yang bakal dinikmati oleh penduduk "Lorong Buah Pala" pada hujung tahun ini. Tetiba terdetik di hati aku, kalau la aku tahu habuan yang bakal mereka nikmati ini, mahu juga aku pacak pondok kecil di Kg. Buah Pala tu. Namun takdir aku berbeza. Takdir penduduk Kg. Buah Pala juga berbeza.

Rumah teres 2 tingkat yang bakal mereka diami ini mempunyai 3 buah bilik di bahagian atas dan 3 buah bilik air (1 di dalam bilik utama, 1 di bahagian atas & 1 di bahagian bawah). Keluasan rumah ini melebihi 800 kaki persegi termasuk bahagian atas. Tak percaya? Aku pun pada mulanya tak percaya tapi selepas melihat dengan mata & kepala otak aku sendiri, bibirku berkata, "Wow!" sambil mata terbeliak. Pekara yang menyebabkan mata aku terus terbeliak apabila mendapat tahu rumah yang bakal didiami ini mencecah RM600,000.00!!! Penduduk terlibat hanya membayar RM1.00 untuk proses dokumentasi. Sangat berbaloikan?

Namun, masih ada 9 isi rumah yang menolak nikmat yang sangat berbaloi ini angkara pahaman fanatik politik masing-masing. Bagi aku, politik akan tetap berpolitik tetapi nasib penyokong politik tiada jaminannya. Kasihan aku apabila di khabarkan bahawa nasib 9 isi rumah ini tidak diketahui lagi. Semoga penyokong-penyokong parti politik ini menerima nasib yang setimpal dengan sokongan yang mereka telah berikan.

Menerusi maklumat yang aku perolehi ini terfikirkah kita khususnya rakyat Melayu P.Pinang akan "tuah" yang diperolehi oleh penduduk Kg, Buah Pala yang majoritinya kaum India beragama Hindu.

Menurut seorang sahabat dari Majlis Perbandaran P.Pinang (MPPP), tanah milik kerajaan yang telah dihuni secara bahasa halusnya "pinjaman" ini kini menjadi milik mewah "tetap" penghuninya. Nikmat mereka ini bukan menjadi persoalan yang patut kita endahkan tapi pernahkah dalam sejarah bangsa Melayu di Malaysia khususnya di Pulau Pinang menerima nasib yang sama seperti mereka. Menerima nikmat yang bukan hanya setimpal malah berlimpah-ruah.

Kini aku menanti apakah pula nasib penduduk Melayu di Tanjung Tokong yang sedang "bergelut" dengan UDA Holding. Marilah sama-sama kita nantikan kejutan oleh pejuang-pejuang Melayu yang akan membela bangsa Melayu di Pulau Pinang.

Lihatlah nikmat berbaloi penghuni "pinjam" tanah kerajaan ini :

pandangan hadapan rumah : pekerja warga asing gigih menyiapkan rumah "bertuah" ini

pandangan hadapan rumah : teres 2 tingkat

berusaha menyiapkan dengan kadar segera demi penduduk "bertuah"

bilik utama

bilik utama

tandas tingkat atas (boleh mandi 5 orang sekali)

bilik atas

tingkat bawah


transformasi Kampung Buah Pala kepada "Lorong Buah Pala"

-melayupulau-

Wednesday, November 17, 2010

Tornado Melanda P.Pinang


Apa yang anda saksikan ini adalah benar. Bukan diedit demi mencari publisiti murahan. "Tornado" telah melanda di Pulau Pinang. Malapetaka yang mustahil berlaku di kawasan luar Lingkaran Api Pasifik kini mungkin hanya sekadar teori semata-mata. Tornado ini muncul pada 15 November 2010 sekitar jam 6 petang. Adakah perkara yang berlaku ini adalah suatu petanda atau alamat buruk kepada penduduk Pulau Pinang? Sudahkah penduduk Pulau Pinang bersedia?

Pada 28 Oktober, Perlis juga telah dilanda tornado sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda yang teruk. Sehingga kini (17 November 2010), tiada sebarang laporan media berkaitan kemunculan tornado di Malaysia. Adakah media di Malaysia tertido ketika tornado melanda negara kita? Ataupun pejam mata demi mengelakkan kebimbangan rakyat Malaysia? Walauapapun, kita semua patut tahu dan berwaspada dengan fenomena cuaca yang semakin tidak menentu.

Perlis telah menerima amaran taufan dan kemudiannya dilanda hujan tanpa henti sehingga banjir kilat. Adakah situasi ini turut akan berlaku di Pulau Pinang? 

Bala Allah semakin mendekati kita semua. Amaran demi amaran telah diberikan, namun kita masih lalai dan leka dengan nikmat dunia. Marilah sama-sama kita berdoa serta bermuhasabah diri agar mendapat keredhaan dari-Nya. Kiamat semakin dekat? Sama-samalah kita fikirkan.

-melayupulau-

Thursday, November 4, 2010

Sesak di Bukit Belah, Bayan Lepas, P.Pinang

Lambakan kenderaan di Malaysia adalah antara faktor yang menyumbang kepada kesesakan lalulintas. Ini menggambarkan rakyat Malaysia semakin berkemampuan memiliki kuasa membeli yang tinggi. Taraf hidup semakin meningkat.

Fenomena terperangkap dalam kesesakan lalulintas turut menjadi mimpi ngeri kepada pengguna laluan menuju ke Bayan Lepas dari Teluk Kumbar melalui Bukit Belah terutama pada waktu pagi.

Kesesakan yang menjangkau hampir 3 kilometer ini, mampu melumpuhkan sistem perhubungan masyarakat setempat. 
Sekiranya berlaku kecemasan, jaringan sistem perhubungan darat di kawasan ini pastinya menambahkan lagi kemudaratan.

Mungkin ada yang tertanya bagaimana situasi pengguna jalanraya dikawasan 2 lorong boleh bertukar menjadi 4 lorong arah menuju ke Bayan Lepas pada waktu pagi akibat tiada jalan alternatif yang berdekatan.

Berikut adalah gambar yang dapat dikongsikan bersama :

sekitar jam 8.00 pagi

aktiviti merbahaya memotong di kawasan 'double line' adalah rutin pada waktu pagi

penghujung jalan Bayan Lepas ini membolehkan pengguna menghela nafas lega selepas bersesak setiap pagi


-melayupulau-

Pembunuh Along Spoon Dihukum Mati Selepas 11 Tahun



Selepas 11 tahun, akhirnya pembunuh Along Spoon tetap dijatuhkan hukuman mati. Along Spoon telah dibunuh ketika berumur 19 tahun dan sedang meniti zaman kegemilangan dengan lagu “Rindu Serindu-Rindunya”. Salah satu lagu feveret kami time bercinta masa sekolah dulu...READ MORE

Mizz Nina Lebih Sopan Dari Rozita Che Wan Dari Pandangan Mata Kami, Tahniah!!!

Rozita Che Wan

Mizz Nina

Tahniah kami ucapkan kepada Mizz Nina sebab dari pandangan mata kami, Mizz Nina lebih sopan berbanding dengan RCW...READ MORE

Perlis, Kedah hampir lumpuh

KENDERAAN polis terpaksa dialihkan ke tempat tinggi selepas Ibu Pejabat Trafik Negeri Perlis turut dilanda banjir di Kangar semalam. 

ALOR SETAR - Banjir yang melanda Perlis dan Kedah sudah mengatasi bencana yang sama pada 2005 apabila bilangan penduduk yang dipindahkan di kedua-dua negeri melebihi 16,000 orang dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada 37,000 orang selain melumpuhkan rangkaian sistem pengangkutan darat dan udara...READ MORE