Saturday, December 17, 2011
RM1,000 Billion Wang Negara Lesap Dibawah BN. Mahu Pilih Mereka Lagi?
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”, di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9...READ MORE AT SOURCE
Perkahwinan gay pertama lelaki Melayu Islam Malaysia - Tahniah Arif!
Tahniah arif, tahniah.
Tahniah kerana menghancurkan harapan ibu bapa dan pihak yang memasang harapan tinggi terhadap anda di dunia neh. Lihat bawah neh ;
Friday, December 16, 2011
Isteri Suka Berjudi Dan Merokok – Jimmy Shanley
Mungkin ramai yang ingin tahu apa sebenarnya masalah antara Jimmy dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sehingga menyebabkan rumahtangga yang mereka bina baru setahun jagung sudah mula goyah...READ MORE AT SOURCE
Thursday, December 15, 2011
Guan Eng Menang!!!
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah memutuskan Utusan Malaysia bersalah memfitnahkan Ketua Menteri secara menipu, tidak jujur dan berniat jahat, dalam rencana yang bertajuk “Kebiadaban Lim Guan Eng” yang diterbitkan pada 20.12.2010, dan diperintahkan membayar gantirugi am dan gantirugi keterlaluan RM200,000 serta kos RM25,000...READ MORE AT SOURCE
Boo Chang Dakwa Komunis DAP Langgar Slogan CAT
Bercakap mengenai pakatan pembangkang di Pulau Pinang, Lim Boo Chang mendakwa cara Lim Guan Eng dalam mentadbir kerajaan negeri tanpa mempedulikan PAS dan PKR juga campurtangannya dalam pihak berkuasa tempatan jelas melanggar slogan cekap, akauntabiliti dan telus atau "CAT" yang diwar-warkan...READ MORE AT SOURCE
Thursday, December 8, 2011
Apakah Nasib Kakitangan Awam Kontrak Menjelang 2012?
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memberi jaminan akan terus memperjuangkan nasib kira-kira 20,000 penjawat awam berstatus kontrak yang berkemungkinan kehilangan pekerjaan awal Januari depan...READ MORE AT SOURCE
PM terbuka, siswa-prof tertutup
![]() |
| Haji Abdul Subky Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia. |
Perdana Menteri Najib berjanji di Parlimen untuk meminda akta AUKU bagi
memboleh siswa yang layak mengundi menyerta mana-mana parti politik.
Sebelumnya Perdana Menteri itu juga mengumumkan di Parlimen untuk
memansuhkan ISA dan meminda akta polis...READ MORE AT SOURCE
MENGENANG MASA DULU
Pulau Pinang negerinya baru
Kapten Light menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
Bila terkenang zaman dahulu
Duduk mengalir air mata
1. Pantun ini dikarang oleh “tukang karut” pasukan boria di Pulau Pinang di zaman British.
2. Kita jarang mendengar pantun ini sekarang, Tetapi semasa saya
masih budak belasan tahun, saya sering mendengarnya. Sedikit sebanyak
saya rasa sedih juga. Air mata tidak mengalir tetapi ia menghantui
fikiran saya...READ MORE AT SOURCE
Tuesday, December 6, 2011
UMNO dan “luncai” menuju PRU13
Bahang PRU13 makin terasa dan
punggung UMNO pun semakin panas kerana risau kehilangan tempat di hati rakyat.
Pelbagai agenda dicongak oleh pemimpinnya yang semakin mabuk kuasa dan gentar
kehilangan kuasa.
Perhimpunan Agung UMNO 2011
sibuk mencari "calon boleh menang" (winnable candidate) untuk masuk gelanggang pilihanraya umum ke 13 ini
jelas membuktikan UMNO kini di dalam keadaan yang amat terdesak untuk
mempastikan UMNO tidak tumbang kepada PR yang disifatkan sebagai “hero rakyat”
yang mampu selamatkan Malaysia dari cengkaman kukubesi UMNO. Kriteria baru ini
(calon boleh menang) sudah pasti akan meresahkan beberapa pimpinan atau “orang
lama” UMNO yang selama ini berpegang kepada ciri kekananan dan senioriti
seseorang di dalam parti.
Ungkapan "calon boleh menang"
jelas membuktikan sejak munculnya Pakatan Rakyat (PR), UMNO dan kroni-kroninya
mempunyai ramai calon yang tidak boleh menang, dan kini terpaksa berhempas
pulas mencari calon berkaliber serta boleh diterima rakyat agar mimpi ngeri
2008 tidak berulang lagi.
Di zaman teknologi maklumat
hari ini, seseorang calon akan diteropong 360 darjah oleh rakyat. Sebarang
kecacatan dan kelemahan akan terdedah. Calon si perasuah, si penipu, si
pembohong, si bacul, si angkuh, si pengkhianat, si kaki botol, si kaki
perempuan, si perogol, si penjudi, si pengebas, si pencarut, si lembik dan si
lembu adalah mereka yang bakal ditolak untuk membarisi “calon boleh menang”
pada PRU13. Namun tanpa mereka semua ini, UMNO sudah tiada calon, malah cukup
ramai di dalam UMNO “calon kantoi” seperti ini.
Siapa lagi pemimpin yang
disifatkan bersih dalam UMNO untuk ditonjolkan sebagai calon? UMNO menyedari
bahawa rakyat semakin celik dan buka mata seperti yang dinyatakan oleh Presiden
UMNO, Najib sendiri iaitu UMNO harus peka kepada pemikiran baru pengundi dan menguasai media
baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang. Ternyata pucuk
pimpinan UMNO semakin pening dan bingung memikirkan “trendsetter” baru pengundi
yang kini dibayangi pula isu “lembu” oleh pemimpin wanita tertinggi UMNO, Datuk Sharizat
Abdul Jalil sehingga menimbulkan pebalahan sesama ahli dalam satu “kapal”.
Kekebalan hati rakyat terhadap
PR pula semakin menebal walaupun mereka terus disajikan fitnah dalam cubaan menjatuhkan
pemimpinnya. Di Pulau Pinang, inisiatif untuk terus memartabatkan rakyat tetap
terus dilangsungkan oleh kerajaan PR. Berikut adalah antara agenda dan kejayaan
kerajaan PR Pulau Pinang yang patut dikongsikan dan diambil tahu kerana ianya
adalah tunjang kepada kepercayaan rakyat yang diberikan dalam tempoh sepenggal
ini:
1. Pulau Pinang
merupakan negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, RM12.2
billion, iaitu yang paling tinggi dalam sejarah negeri ini.
2. Pulau Pinang dipuji
sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit
Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.
3. Pengurangan hutang
yang paling besar di antara semua negeri sebanyak 95% atau RM600 juta daripada
RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
4. Pulau Pinang telah
berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27% iaitu penurunan yang paling
tinggi di Malaysia.
5. Pulau Pinang
merupakan negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen
hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik.
6. Negeri tunggal yang
dipuji oleh Transparency International atas usaha membendung rasuah dengan
memperkenalkan tender terbuka.
7. Pulau Pinang
merupakan negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan
setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan dan ingin menjadi
negeri pertama membasmi kemiskinan di Malaysia menjelang 2015.
8. Pulau Pinang
merupakan negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi
sumbangan RM 100 setiap tahun kepada warga mas, ibu tunggal, OKU, pelajar
Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran “one-off” sebanyak RM200
kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada
waris-waris.
9. Pulau Pinang mencatat peningkatan bilangan penumpang udara
yang tertinggi pada tahun 2010
10. Pulau Pinang menyumbang
lebih 60% daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.
Senarai kejayaan ini mungkin
mampu disangkal dan diracuni oleh UMNO melalui penguasaan media arus perdana
yang menjadi medium informasi kepada rakyat namun semakin mustahil
diterima-pakai oleh rakyat Pulau Pinang khususnya yang melihat sendiri kerajaan
PR Pulau Pinang berhempas-pulas terus mencipta kejayaan demi memperkasakan
rakyat.
Berdasarkan pemerhatian, bukan
“calon boleh menang” menjadi ukuran atau penentu kepada kemenangan PRU13 akan
datang, sebaliknya usaha dan kebajikan yang telah ditaburkan atau dirangka
kepada rakyat yang inginkan perubahan kepada sebuah Malaysia yang lebih makmur
dan syumul. - Putera Pulau






