Saturday, December 17, 2011

RM1,000 Billion Wang Negara Lesap Dibawah BN. Mahu Pilih Mereka Lagi?


KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”, di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9...READ MORE AT SOURCE

Perkahwinan gay pertama lelaki Melayu Islam Malaysia - Tahniah Arif!

Tahniah arif, tahniah. 
Tahniah kerana menghancurkan harapan ibu bapa dan pihak yang memasang harapan tinggi terhadap anda di dunia neh. Lihat bawah neh ;
 
 

Friday, December 16, 2011

Isteri Suka Berjudi Dan Merokok – Jimmy Shanley


Mungkin ramai yang ingin tahu apa sebenarnya masalah antara Jimmy dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sehingga menyebabkan rumahtangga yang mereka bina baru setahun jagung sudah mula goyah...READ MORE AT SOURCE

Thursday, December 15, 2011

Guan Eng Menang!!!

  

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah memutuskan Utusan Malaysia bersalah memfitnahkan Ketua Menteri secara menipu, tidak jujur dan berniat jahat, dalam rencana yang bertajuk “Kebiadaban Lim Guan Eng” yang diterbitkan pada 20.12.2010, dan diperintahkan membayar gantirugi am dan gantirugi keterlaluan RM200,000 serta kos  RM25,000...READ MORE AT SOURCE

Boo Chang Dakwa Komunis DAP Langgar Slogan CAT


Bercakap mengenai pakatan pembangkang di Pulau Pinang, Lim Boo Chang mendakwa cara Lim Guan Eng dalam mentadbir kerajaan negeri tanpa mempedulikan PAS dan PKR juga campurtangannya dalam pihak berkuasa tempatan jelas melanggar slogan cekap, akauntabiliti dan telus atau "CAT" yang diwar-warkan...READ MORE AT SOURCE

Thursday, December 8, 2011

Apakah Nasib Kakitangan Awam Kontrak Menjelang 2012?


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memberi jaminan akan terus memperjuangkan nasib kira-kira 20,000 penjawat awam berstatus kontrak yang berkemungkinan kehilangan pekerjaan awal Januari depan...READ MORE AT SOURCE

PM terbuka, siswa-prof tertutup

Haji Abdul Subky Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia.
Perdana Menteri Najib berjanji di Parlimen untuk meminda akta AUKU bagi memboleh siswa yang layak mengundi menyerta mana-mana parti politik. Sebelumnya Perdana Menteri itu juga mengumumkan di Parlimen untuk memansuhkan ISA dan meminda akta polis...READ MORE AT SOURCE

MENGENANG MASA DULU

 Pulau Pinang negerinya baru
Kapten Light menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
Duduk mengalir air mata

1. Pantun ini dikarang oleh “tukang karut” pasukan boria di Pulau Pinang di zaman British. 2. Kita jarang mendengar pantun ini sekarang, Tetapi semasa saya masih budak belasan tahun, saya sering mendengarnya. Sedikit sebanyak saya rasa sedih juga. Air mata tidak mengalir tetapi ia menghantui fikiran saya...READ MORE AT SOURCE

Tuesday, December 6, 2011

UMNO dan “luncai” menuju PRU13



Bahang PRU13 makin terasa dan punggung UMNO pun semakin panas kerana risau kehilangan tempat di hati rakyat. Pelbagai agenda dicongak oleh pemimpinnya yang semakin mabuk kuasa dan gentar kehilangan kuasa.

Perhimpunan Agung UMNO 2011 sibuk mencari "calon boleh menang" (winnable candidate) untuk  masuk gelanggang pilihanraya umum ke 13 ini jelas membuktikan UMNO kini di dalam keadaan yang amat terdesak untuk mempastikan UMNO tidak tumbang kepada PR yang disifatkan sebagai “hero rakyat” yang mampu selamatkan Malaysia dari cengkaman kukubesi UMNO. Kriteria baru ini (calon boleh menang) sudah pasti akan meresahkan beberapa pimpinan atau “orang lama” UMNO yang selama ini berpegang kepada ciri kekananan dan senioriti seseorang di dalam parti.

Ungkapan "calon boleh menang" jelas membuktikan sejak munculnya Pakatan Rakyat (PR), UMNO dan kroni-kroninya mempunyai ramai calon yang tidak boleh menang, dan kini terpaksa berhempas pulas mencari calon berkaliber serta boleh diterima rakyat agar mimpi ngeri 2008 tidak berulang lagi.

Di zaman teknologi maklumat hari ini, seseorang calon akan diteropong 360 darjah oleh rakyat. Sebarang kecacatan dan kelemahan akan terdedah. Calon si perasuah, si penipu, si pembohong, si bacul, si angkuh, si pengkhianat, si kaki botol, si kaki perempuan, si perogol, si penjudi, si pengebas, si pencarut, si lembik dan si lembu adalah mereka yang bakal ditolak untuk membarisi “calon boleh menang” pada PRU13. Namun tanpa mereka semua ini, UMNO sudah tiada calon, malah cukup ramai di dalam UMNO “calon kantoi” seperti ini.

Siapa lagi pemimpin yang disifatkan bersih dalam UMNO untuk ditonjolkan sebagai calon? UMNO menyedari bahawa rakyat semakin celik dan buka mata seperti yang dinyatakan oleh Presiden UMNO, Najib sendiri iaitu UMNO harus peka kepada  pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang. Ternyata pucuk pimpinan UMNO semakin pening dan bingung memikirkan “trendsetter” baru pengundi yang kini dibayangi pula isu “lembu” oleh  pemimpin wanita tertinggi UMNO, Datuk Sharizat Abdul Jalil sehingga menimbulkan pebalahan sesama ahli dalam satu “kapal”.

Kekebalan hati rakyat terhadap PR pula semakin menebal walaupun mereka terus disajikan fitnah dalam cubaan menjatuhkan pemimpinnya. Di Pulau Pinang, inisiatif untuk terus memartabatkan rakyat tetap terus dilangsungkan oleh kerajaan PR. Berikut adalah antara agenda dan kejayaan kerajaan PR Pulau Pinang yang patut dikongsikan dan diambil tahu kerana ianya adalah tunjang kepada kepercayaan rakyat yang diberikan dalam tempoh sepenggal ini:

1.      Pulau Pinang merupakan negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, RM12.2 billion, iaitu yang paling tinggi dalam sejarah negeri ini.
2.      Pulau Pinang dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.
3.        Pengurangan hutang yang paling besar di antara semua negeri sebanyak 95% atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
4.       Pulau Pinang telah berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27% iaitu penurunan yang paling tinggi di Malaysia.
5.       Pulau Pinang merupakan negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik.
6.      Negeri tunggal yang dipuji oleh Transparency International atas usaha membendung rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.
7.     Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan dan ingin menjadi negeri pertama membasmi kemiskinan di Malaysia menjelang 2015.
8.     Pulau Pinang merupakan negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM 100 setiap tahun kepada warga mas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran “one-off” sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.
9.        Pulau Pinang mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010
10.    Pulau Pinang menyumbang lebih 60% daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.

Senarai kejayaan ini mungkin mampu disangkal dan diracuni oleh UMNO melalui penguasaan media arus perdana yang menjadi medium informasi kepada rakyat namun semakin mustahil diterima-pakai oleh rakyat Pulau Pinang khususnya yang melihat sendiri kerajaan PR Pulau Pinang berhempas-pulas terus mencipta kejayaan demi memperkasakan rakyat.

Berdasarkan pemerhatian, bukan “calon boleh menang” menjadi ukuran atau penentu kepada kemenangan PRU13 akan datang, sebaliknya usaha dan kebajikan yang telah ditaburkan atau dirangka kepada rakyat yang inginkan perubahan kepada sebuah Malaysia yang lebih makmur dan syumul. - Putera Pulau

Thursday, November 24, 2011

Adun DAP bersikap rasis ,hina mangsa kebakaran sebagai pengkhianat negara


Hanya kerana bersuamikan seorang warga asing, Sarimah Packeer Mohd., 43, dan Fatimah Sharmin Abdullah, 30, dihina sebagai pengkhianat negara oleh seorang wakil rakyat dari DAP...READ MORE AT SOURCE

Govt to allow students to join political parties


The government will amend Section 15 of the Universities and University Colleges Act 1974 to enable students to join political parties when they are 21 years old, Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak (pix) said today...READ MORE AT SOURCE

Tuesday, November 22, 2011

World Bank: M’sian varsities a poor show

Malaysia spends a lot on tertiary education, but its universities are not as good as others in Asia and many of its graduates are not equipped for the job market...READ MORE AT SOURCE

DATO SERI NAJIB, ANWAR, DR.MAHATHIR DAN NIK AZIZ SALING BERBALAS KOMEN FB...


Hebatnya, macam betul jer bunyinya, siapalah punya kerja agaknya. Tetapi kalau macam ni pun bagus jugak..kih..kih..kih...READ MORE AT SOURCE

Syabas Malaysia!

Sebuah kebanggaan & kejayaan yang patut dikongsi oleh semua rakyat Malaysia:



Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama
JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia...READ MORE AT SOURCE

Wednesday, November 2, 2011

USM: Melayu Lupa Daratan


Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah nama institusi pendidikan yang cukup gah di bumi Malaysia. Sebuah universiti yang ditatang bagai minyak yang penuh atau dengan bahasa yang mudah difahami sebuah universiti bermandikan duit. Duit yang diperolehi oleh Kementerian Pengajian Tinggi atau kerajaan. Pelbagai dana kerajaan dari pelbagai sudut ditumpukan khas kepada USM. Dengan kurniaan status APEX pada 2008,  rezeki institusi ini makin mencurah-curah. Namun..."kapla" USM berjawatan TNC berbangsa Melayu sanggup meludah elemen bangsa sendiri atau Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara. Kini, aku semakin faham kenapa isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih terawang-awang kerana masih wujud duri dalam bangsa Malaysia sendiri. 
Amat dikesalkan apabila bangsa sendiri bertindak menjadi "pengkhianat bangsa" dan memandang "jijik" terhadap Bahasa Melayu. Apakah "dia" seorang berilmu sudah lupa? Memang benar kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa! Kekuatan bangsa terletak pada bahasanya. Kalau bukan bangsa Melayu yang memartabatkan bahasa Melayu, takkan kita nak harapkan bangsa lain. Adakah "dia" sebenarnya malu nak mengaku sebagai bangsa Melayu. Sangat bangsat!
Dalam sebuah mesyuarat, "dia" menyifatkan bahawa bahasa Melayunya sangat sampah, lemah dan lebih rela menggunakan bahasa penjajah dalam apa jua urusan. Kenyataan yang dibuat secara terbuka ini, menonjolkan kebanggaan "dia" menikam bangsa sendiri. Rata-rata yang ada dalam mesyuarat tersebut adalah bangsanya sendiri, MELAYU. Semuanya kelu tak bersuara dan hanya mengangguk dek kerana "hormat" pada "dia" yang berpangkat besar dalam USM. Jika benar sekalipun Bahasa Melayu "dia" sampah, tidak perlulah disuarakan secara terbuka dan penuh bangga. 
Aku tidak paham Melayu seperti "dia" yang mungkin tidak kenal sambal belacan. Darah apa yang mengalir dalam badan "dia"? Yang lebih menghairankan bangsa apakah "dia"? Suku kaum mana "dia" datang? Macam mana "dia" boleh ada dalam Malaysia?
Bagi seorang intelektual seperti "dia", perlulah menggunakan akal sebelum bersuara. Guna dulu hak berfikir sebelum hak bersuara!
Bukan hendak bersifat rasis malah aku bangga menjadi bangsa Melayu di bumi Malaysia. Negara yang terkenal dengan keharmonian pelbagai kaumnya. Kita semua berpayung dibawah bendera yang sama walaupun ada diantara kita berbeza fahaman agama & politik. TAPI...jika bukan bangsa Melayu mengimarahkan bahasa Melayu, siapa lagi? Bangsa lain? Sejauh mana bangsa lain mampu sedangkan mereka juga punya bahasa sendiri. 
Diharapkan "dia" sedar dari terus menjadi "haprak" kepada bangsa sendiri atau menjadi MELAYU LUPA DARATAN!!!

Tuesday, November 1, 2011

Gadis Tanggalkan Bra Kerana Gagal Ujibakat China Idol

Haha.. rasa macam kelakar pun ada, rasa mcm perempuan nie terdesak pun ada jgk.. =)
Wanita ini menanggalkan  bra nya dan meletakkan atas meja juri kerana gagal ujibakat China Idol...READ MORE AT SOURCE

Monday, October 31, 2011

Budak 10 Tahun Diperkosa dan Dikuburkan Hidup-hidup


Kejadian ni berlaku di Filipina, budak perempuan berusia 10 tahun diperkosa oleh sepupunya sendiri, selepas itu dia dikuburkan hidup-hidup. Sepupunya yang bernama Dennis Quilaton memperkosa dan kemudian memukul kepala mangsa dengan benda keras hingga tak sedarkan diri, selepas itu mangsa dikuburkan dalam keadaan pengsan...READ MORE AT SOURCE

Friday, October 28, 2011

DAP & Kroni Tipu Masyarakat India Kampung Buah Pala Bulat-bulat


Tak roboh Kg Buah Pala nanti Guan Eng kena penjara, begitulah lebih kurang ayat Karpal memperbodohkan kaum India dan secara keseluruhannya cuba menunjukkan tindakan mereka betul...READ MORE AT SOURCE

Laman Rasmi FAM Digodam – Peminat Bola Sepak Negara Masih Marah

###klik untuk besarkan


Lanjutan daripada godaman laman Malaysian Super League, hari ini, laman rasmi FAM pula menerima nasib yang sama, dimana kini halaman utamanya telah digodam dengan mesej menyatakan kemarahan terhadap harga tiket yang dikenakan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia pada hari Sabtu ini, iaitu sebanyak RM50...READ MORE AT SOURCE

Thursday, October 27, 2011

Kutipan Nasi Lemak 2.0 membanggakan

Adibah Noor

27 Okt – Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor nyata terkejut dengan kejayaan filem "Nasi Lemak 2.0" yang telah berjaya mendapat kutipan RM7 juta, sekaligus memecah rekod sebagai filem tempatan berbahasa Cina pertama dengan kutipan tersebut...READ MORE AT SOURCE

Thursday, September 8, 2011

Gerakan: Penang govt failed to address poverty


GEORGE TOWN: The case of a man and his grandson living in a goat shed here has drawn attention to the state government's failure to address hardcore poverty in Penang.

Tuesday, September 6, 2011

JOB VACANCY : Looking for JOURNALIST / REPORTER


JOB VACANCY : Strategic Communications Office (SCOMM), Universiti Sains Malaysia (USM) is now looking for JOURNALIST / REPORTER to join the team. Interested candidates please forward your resume/cv to scomm@usm.my / hani.mdkasim@gmail.com. Good luck!!!
FB link: http://www.facebook.com/Universiti.Sains.Malaysia

Thursday, August 25, 2011

Not many 50-year-old women could wear that! Carol Vorderman shows off her figure in skintight top and jeans

Not many 50-year-old women could wear that! Carol Vorderman wore a skintight top and jeans outfit as she left the ITV studios today

 There comes a point in a woman's life when she is finally forced to accept she cannot wear the same type of clothes as she used to.

However, despite having turned 50 earlier this year, that point hasn't yet arrived for Carol Vorderman, who showed off her toned figure in a skintight outfit outside the ITV studios today.
Carol, who has been filling in for Lorraine Kelly on morning show Lorraine, teamed her khaki T-shirt and stonewash denim jeans with black boots as she headed home after her morning's work...READ MORE AT SOURCE

POLITICS AND THE NEW ECONOMIC POLICY


1. The New Economic Policy has been denigrated by opposition politicians including Dato Seri Anwar Ibrahim until it seems to be the worse policy ever conceived and implemented in Malaysia...READ MORE AT SOURCE

Will Smith and wife Jada 'are having marriage problems... a split is definitely a possibility'


They may have denied reports that they have split but the marriage of Will Smith and wife Jada is apparently in trouble.
A source close to the couple told gossip website TMZ.com that the pair have decided to go away with their children on a family holiday before deciding what to do, but the prospect of a split in the near future is 'definitely a possibility'.
The couple were yesterday forced to deny rumours they had ended their 13-year marriage. The Men In Black star released a statement to the press via his publicist after a report in America's In Touch Weekly magazine first published the break-up claims...READ MORE AT SOURCE

Wednesday, August 24, 2011

Gambar: Rozita Che Wan Bertudung Ala Datuk Siti Nurhaliza. Comel!


Bagus sebenarnya jadi insan bernama Datuk Siti Nurhaliza, apa sahaja yang di’kenakan pasti menjadi ikutan peminat...READ MORE AT SOURCE

Monday, August 22, 2011

Merdeka & Raya - Putera Pulau


Pertama sekali Putera Pulau ingin mengucapkan Salam Ramadahan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh rakyat beragama Islam khususnya pembaca Buletin Mutiara. Terima kasih diatas sokongan padu anda semua kepada terbitan bulanan ini kerana siapalah kami tanpa anda. Pelbagai ranjau yang diharungi demi menerbitkan secebis warkah yang cuba memaparkan kebenaran hari-hari yang dilalui oleh rakyat Pulau Pinang bersama pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat. Terbitan Unit Penerangan Kerajaan Negeri ini turut menerima pujian dari pembacanya saban hari namun tidak kurang juga yang mencerca. Walaubagaimanapun, pujian bukanlah milik kami tapi ianya adalah milik anda yang masih setia menghadam kebenaran sebenar yang disajikan. Terima kasih juga bagi yang mencerca, kerana mungkin ada lagi yang perlu diperbaiki ataupun terlepas pandang pada usia mentah penerbitan 2 tahun. Namun, ini semua mematangkan kami dalam memastikan setiap berita benar itu sampai ke tangan rakyat. Tahun 2011 merupakan tahun yang penuh dengan babak dan aksi drama yang melanda negara kita namun apa pun berlaku hari esok tetap tiba. Sebagai anak Malaysia tidak kira apa bangsa dan darjat, kita sememangnya layak mnerima ucapan tahniah kerana masih mengekalkan nilai-nilai muhibbah sesama bangsa walaupun pelbagai duri dendam cuba disemai oleh sesetengah pihak. Sambutan hari kemerdekaan tahun ini merupakan sambutan berganda dimana kita bakal meraikannya bersama Hari Raya pada akhir bulan Ogos. Sedar tak sedar sudah 54 tahun kita merdeka, walaupun nilai harga kemerdekaan ini sering diperdagangkan oleh sesetengah pihak.
Rakyat Pulau Pinang sememangnya menghadapi revolusi tampuk pimpinan dari sebuah kerajaan lama kepada sebuah kerajaan baru. Kerajaan baru yang memastikan hari ini lebih baik dari semalam, tidak pernah berhenti memikirkan apa sahaja tindakan demi mengutamakan kesejahteraan rakyat. Berkonsepkan kerajaan berjiwa rakyat, Pakatan Rakyat akan terus memastikan Pulau Mutiara ini terus bersinar. Kejian juga sentiasa mengotori niat suci kerajaan dibawah pimpinan Lim Guan Eng walaupun  sebenarnya ia menguntungkan rakyat marhaen. Berani kerana benar, inilah yang menjadi pegangan barisan pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang selama memimpin negeri bertuah ini.
Terkini, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menimbang memberikan RM 100 wang tunai “one-off” kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini, di mana salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang. Program “Anak Emas Pulau Pinang” akan mensyaratkan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan.
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan 11,596 unit rumah mampu milik yang sekaligus menyangkal kenyataan yang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak membina rumah mampu milik kepada rakyatnya. Ini adalah di antara kos rendah (RM42,000) dan kos sederhana rendah (RM72,500) yang diluluskan.
Jasa demi jasa ditabur kepada rakyat tapi masih ada yang buta sehingga mengirimkan pelbagai “hadiah” buat kerajaan negeri. Anak khinzir, biawak dan itik yang disangka bom telah mengecohkan tingkat 3 Komtar baru-baru ini. Inikah transformasi minda selepas negara kita merdeka 54 tahun. Tidak kurang juga yang cuba menghadiahkan pakaian dalam wanita kepada pemimpin negeri. Beginilah sifat sesetengah pihak yang berkepentingan peribadi bertindak tanpa menggunakan akal kurniaan Tuhan. Jika hendak protes biarlah berintelektual bukan seperti lembu menyondol kain merah. Main serbu tanpa motif yang munasabah. Jika hendak berjuang, biarlah membawa barakah bukan masalah. Akhir kalam, semoga kita semua terus dirahmati di bulan yang mulia ini. 
Selamat menunaikan ibadah puasa!
-Putera Pulau-

Isu Azmil Mustapha Hina Kerajaan & Institusi Diraja Kini Jadi Kes Polis


Agak terkejut jugak apabila suratkhabar semalam rata-rata melaporkan yang 2 laporan polis telah dilakukan terhadap Azmil Mustapha kerana ceramahnya. Menurut berita yang diterima, Azmil Mustapha dikhabarkan telah mengkafirkan kerajaan Malaysia selain menyindir dan memperlekehkan institusi diraja di dalam tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang...READ MORE AT SOURCE

Marion Caunter Disahkan Mengandung Lima Bulan. Tahniah Dari Kami!


Pagi pagi Isnin ini kita mulakan dengan berita baik dalam dunia hiburan ya? How’s your work today?...READ MORE AT SOURCE

Nanu Baharudin Pegang Anjing ?

Nanu Baharudin
Nanu Baharudin pegang anjing ini? Jangan terkejut. Mungkin ini hobi baru beliau. Nampaknya dah makin ramai artis beragama Islam yang pegang anjing antaranya Sharifah Sofea dan Baby ResQ...READ MORE AT SOURCE

Friday, August 5, 2011

(Video) Iklan Puasa Ramadhan 2011 – 8TV Yang Telah Ditarik Balik Siarannya

 
Tahun lepas iklan TV3 yang menerima kritikan, tahun 2011 ini giliran 8TV menerima nasib yang sama apabila iklan puasa 2011 daripada 8TV mendapat bantahan daripada orang ramai. Stesen TV Tempatan, 8TV menarik balik iklan Puasa 2011 yang dilihat kontroversi daripada sesetengah pihak...READ MORE AT SOURCE

Sah! Ally Iskandar Putus Tunang 30 Julai Lalu, Tiada Keserasian Jadi Punca


Sejak beberapa hari lalu, peminat dunia hiburan bermain teka teki tentang status pertunangan Ally Iskandar...READ MORE AT SOURCE

Terbaru : Blackberry Touchscreen

* Gambar di atas hanyalah sekadar untuk hiasan.

NEW YORK – Research In Motion Ltd (RIM) melancarkan lima model telefon BlackBerry touchscreen bagi kembali bersaing semula dengan model-model telefon seperti iPhone dan juga Android smartphones...READ MORE AT SOURCE

Monday, August 1, 2011

Mata dimasuki serpihan letupan ketika sokong Harimau Malaya

AHMAD JAZIMIN selepas menerima rawatan di PPUM, semalam.

PETALING JAYA: Seorang peniaga yang bertandang ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu untuk memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, buta mata kanan akibat terkena serpihan mercun dilempar penonton...READ MORE AT SOURCE

Paraguay Fans Larissa Riquelme Have a new COMPETITOR Patty Orue!


Who do you think is the hottest? It is Patty Orue the new sexy Paraguay FANS or is Larissa Riquelme?? Don’t you wish that you have this hot type of girlfriend??? For me i would say YES! I want Larissa ^^ i sound pervert it is nothing wrong to get attracted to a female!!!...READ MORE AT SOURCE

Bersama Kita Berdoa Semoga Najib Selamat Menjalani Pembedahan


KUALA LUMPUR 31 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok. Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam...READ MORE AT SOURCE

Wednesday, July 27, 2011

Premis cuci kereta dengan gadis cuci berpakaian ketat menjadi daya tarikan


Hurm, menarik kedai ini. Siapa yang nak tambah dosa bolehlah ke kedai tersebut dan secara tak langsung, boleh share saham dengan tokey kedai tersebut. Lokasi kami juga tidak tahu di mana kerana pengirim merahsiakan lokasi kedai tersebut...READ MORE AT SOURCE

Tuesday, July 26, 2011

Misteri Wahhabi Di Malaysia

Gambar Hiasan

(Artikel lama, dicadangkan untuk bacaan)

Perkataan ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’. Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum)...READ MORE AT SOURCE

Suhaila, Isteri Jimmy Shanley Dedahkan Rahsia Keretakan Rumah Tangga Mereka


Akhirnya setelah lama berdiam diri, isteri Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy tampil ke hadapan untuk mendedahkan punca sebenar keretakan rumah tangga mereka berdua. Mengikut Suhaila, Jimmy Shanley terlalu mengongkong dan pernah memukulnya beberapa kali. Berikut ialah pendedahan Suhaila kepada Mstar...READ MORE AT SOURCE

Monday, July 25, 2011

Left bereft by their loss: Family's tribute to Amy Winehouse as fans create a shrine outside her flat


A day after their beloved daughter, sister and niece was found dead in her flat, Amy Winehouse’s grieving family have spoken out about their loss.
The Winehouse family said today: ‘Our family has been left bereft by the loss of Amy, a wonderful daughter, sister, niece.
‘She leaves a gaping hole in our lives. We are coming together to remember her and we would appreciate some privacy and space at this terrible time.’...READ MORE AT SOURCE

Saturday, July 16, 2011

Jennifer Lopez And Marc Anthony Split


Jenny's back on the singles block...
After seven years of marriage, Jennifer Lopez and Marc Anthony have separated, their rep tells Us Weekly exclusively...READ MORE AT SOURCE

Friday, July 15, 2011

[VIDEO] Kebenaran yang tidak dapat diselindung

Anda nilai lah sendiri...semoga rakyat Malaysia terus dirahmati Yang Maha Esa...Aminnn...


p/s : sekadar berkongsi...khas buat pembaca MP

Wednesday, July 13, 2011

SI BAHLOL MANA PULAK BUAT PANGGILAN BOM PALSU DI KOMTAR?


Bahlol manalah agaknya yang membuat panggilan palsu tentang kewujudan bom di KOMTAR? Siapa agaknya yang mendapat keuntungan paling besar tentang panggilan bom palsu tersebut beberapa hari selepas demonstrasi BERSIH 2.0 di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur? Dan siapa sebenarnya yang terdesak agar tiada sebarang demonstrasi atau perarakan dibenarkan di Pulau Pinang dengan kes panggilan bom palsu itu?...READ MORE AT SOURCE

Ikuti gambar yang diterima oleh admin MP :