Thursday, January 31, 2013
ND Lala Kecewa Sharnaaz Ahmad Tetap Mahu Masuk Merisik
ND Lala menyuarakan rasa kecewa beliau denga kenyataan Sharnaaz Ahmad yang mengakui Shila Amzah adalah bakal isterinya kerana beliau tidak pernah berbincang tentang isu perkahwinan...TERUSKAN MEMBACA
Tuesday, January 29, 2013
Asal Usul Zairil Khir Johari@Christopher Ross Lim, Anak Pemimpin PAP Terbongkar
Banyak desas-desus yang berlegar dari tahun 2011 berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Zairil Khir Johari.
Bermula dengan cita-citanya yang ingin menjadi Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan atau lebih tepat lagi DAP, memenangi Perak dalam PRU-13 yang akan menjelang tiba bila-bila masa sahaja lagi.
Kemudian kisah Zairil ini dihangatkan lagi baru-baru ini semasa CEC DAP yang lalu, kononnya dialah satu-satunya ‘Melayu’ yang terpilih didalam CEC DAP.
Maklumat terbaru yang penulis dapat dari sahabat di Singapura telah membongkar siapa Zairil yang sebenarnya.
Kisah Zairil yang hanyalah sekadar anak tiri kepada Khir Johari seorang bekas pemimpin UMNO bukan lagi rahsia malah penduduk Kampung Kanchut, Alor Star sendiri yang mendedahkannya...TERUSKAN MEMBACA
Monday, January 28, 2013
Majlis syura PAS sahkan Nasha digugur
Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa hari ini terjawab apabila setiausaha majlis syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa bekas timbalan presiden parti itu kini digugurkan keanggotannya dalam badan tersebut.
Menurut laporan Sinar Harian Online, Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.
“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Tambahnya, majlis syura juga telah menyerahkan surat perlucutan jawatan tersebut selepas mesyuarat berkenaan.
Nasharudin beberapa hari lalu dilaporkan menyertai gerombolan Umno, bersama presiden parti tersebut Datuk Seri Najib Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Gaza.
Menyentuh perkara itu, Nik Zawawi dalam laporan laman berita itu berkata: “Itu terpulanglah kepada dia (Nasharuddin), itu tindakan peribadinya sendiri."
Nasharudin pada pertengahan November lalu dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang berlangsung di Kota Bharu.
Nasharudin pada masa itu dilaporkan berkata ketidakhadirannya itu "bukan isu besar" dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya.
Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin itu timbul ekoran kenyataan Nasharuddin sebelum ini yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud – seperti dilaporkan meluas oleh TV3 dan Utusan Malaysia.
Susulan itu, timbul saranan daripada pemimpin parti supaya majlis syura ulama PAS menasihatkan Nasharudin Mat Isa supaya berundur daripada menganggota jawatankuasa tersebut bagi mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.
Mesyuarat majlis syura – yang berkuasa memecat keanggotaan ahlinya – pada 9 September lalu bagaimanapun mengekal Nasharudin sebagai anggota jawatankuasa tersebut.
Susulan itu, Nasharudin terus mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap mempertikai kerjasama PAS dalam Pakatan dan juga hala tuju partinya itu dalam memperjuangkan Islam.
Dalam satu ucapan pada Oktober lalu, Nasharudin mendakwa seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.
Dalam ucapan sama, Nasharudin turut mendakwa bahawa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun sebelumnya menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".
"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.
"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.
Anda tentukan: Adakah "apek" ni bertuah ataupun malang?
Lagi satu video buat pelayar tenet tegar malam hari. Pertama sekali terima kasih sebab "sapot" laman MP ni. Kalau nak "stori-mori" yang best-best singgah la selalu ke laman ni.
Berbalik pada post kali ini, apek ini telah mengajar admin supaya bersyukur dengan setiap pekerjaan yang kita buat. Kenapa?
Tengok la sendiri. Layan! (VIDEO)
SUMBER: JobInessDotCom
"Gotong-royong" belasah peragut sampai taubat!
Sedang admin melayari tenet di kala bulan di pagar bintang, admin terjumpa video ini. Sangat teruja dengan aksi orang awam tanpa segan silu "meminjamkan" tangan, kaki, siku, lutut ke tubuh 2 orang peragut ini. Mungkin video ini mampu menjadi teladan kepada mereka yang baru-baru bercadang nak meragut.
Saksikan video "gotong-royong" ini :
Sunday, January 27, 2013
Panas! Najib Razak mengaku bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan
BERITA panas hari ini, disiarkan di Metro Ahad muka surat S21 ruangan selebriti. Metro Ahad menyiarkan pengakuan Najib Razak yang mendakwa beliau sama-sama suka dengan pelakon Rozita Che Wan...TERUSKAN MEMBACA
Cannibal Cop’s Online Friend Bragged of Eating a ‘Black Woman and a White Child’ and ‘Roasting Whole Pelvises’
Last October, 28-year-0ld NYPD officer Gilbert Valle III, aka the Cannibal Cop, was arrested and charged with "conspiracy to kidnap, cook, and eat" up to 100 women. In court on Wednesday, prosecutors provided additional online chats (some online conversations were released in October) between Valle and one of his online cannibal buddies, who uses the screen name "Moody Blues." This Moody Blues character was, apparently, far more experienced than Valle, who hadn't actually eaten anyone yet...READ MORE
Apa jasa Anwar ketika beliau punya kuasa ?
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan apakah jasa Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada agama, bangsa dan negara sepanjang lebih 17 tahun Ketua Umum PKR itu menerajui Umno Barisan Nasional (BN)...TERUSKAN MEMBACA
Anwar resah gagal kendali isu kalimah Allah
[ULASAN] “Kalau Umno ambil berat betul pandangan Majlis Syura (PAS), maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lantas dengan nada menyindir Umno BN, Anwar mencadangkan supaya Umno mengamal dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama PAS jika benar ia mengambil berat pandangan badan tertinggi PAS itu...TERUSKAN MEMBACA
Friday, January 25, 2013
LISTEN! Order Starbucks drive-thru secara rap! Ini semua poyo!
Memang kreatif abis mamat & minah saleh dalam video ni. Order menu secara rap! Sembang banyak pun tak guna. Jom kita layan video di bawah ni:
p/s: untuk makluman, starbucks drive-thru gurney @ penang belum kena lagi. So, selamat mencuba! Hahaha...
-MP-
Isu Gambar Pra Perkahwinan Kenyataan Balas Saiful Nang Kepada Ibu Liyana Jasmay
Betul ke makcik? Atau kerana saya tidak beri hak ekslusif gambar kepada wartawan Berita Harian kegemaran makcik?
Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013?
Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri?
Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tidak pernah diberitahu & tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif B-Pop.
Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini...TERUSKAN MEMBACA
Wednesday, January 23, 2013
(15 GAMBAR)Nelydia Senrose, Kini Popular Dengan Drama Setia Hujung Nyawa
Agak unik nama pelakon baru yang sedang meningkat naik ini. Nelydia Senrose kini semakin popular menerusi watak Ersalina di dalam drama Setia Hujung Nyawa. Dilahirkan pada tahun 1994, Nelydia Senrose merupakan gadis kacukan Kelantan dan Siam. Selain memiliki wajah yang comel dan mata yang bulat, mutu lakonan yang ditunjukkan oleh Nelydia Senrose juga boleh dibanggakan. Senang cerita, Nelydia ada pakej yang tersendiri. Bukan sekadar terjun ke bidang lakonan kerana mempunyai wajah yang boleh dijual...NAK TENGOK LAGI GAMBAR?...KLIK SINI.
Terkini! Ayah Pin Kini Merana Kerana Lumpuh
Pemimpin ajaran sesat Ayah Pin, antara kumpulan ajaran sesat yang paling tergar di saat ini yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Pemimpin ajaran sesat ini, Ariffin Muhammad 75 tahun yang mengaku dirinya tuhan di dakwa sudah lumpuh separuh badan apabila ada yang melihat Ayah Pin berulang alik dari rumahnya di Batu 13 Hulu Besut ke Bachok untuk berjumpa seorang tukang urut.
Ayah Pin di lihat bersama 2 isterinya bersama seorang anak perempuannya menaiki sebuah kenderaan MPV setiap kali ke Bachok.
Abang kepada Ayah Pin, Abdul Rahman 64 tahun berkata abangnya (Ayah Pin) di serang angin ahmar dan lumpuh separuh badan dan herot muka kanannya ketika minum di sebuah gerai di Batu 13 Hulu Besut bulan lepas.
SUMBER: http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4530018468813923963#editor/target=post;postID=9195124439683883320
PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK ADALAH BERBAHAYA!
Trend terkini remaja Malaysia adalah menghisap rokok elektronik sebagai usaha untuk berhenti merokok. Tetapi, tahukah anda rokok elektronik sebenarnya tidaklah begitu bagus untuk diamalkan?
VIENNA 4 Sept. – Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.
Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.
Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.
Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.
Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.
Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.
Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.
“Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.
“Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,’‘ katanya.
Tuesday, January 22, 2013
Penang State Museum & Art Gallery Popular Music 1940s,1950s & 1960s Graffiti Art Competition
"Penang State Museum & Art Gallery Popular Music 1940s,1950s & 1960s Graffiti Art Competition"
Rules and Regulations
1. The “Penang State Museum & Art Gallery Popular Music
1940s,1950s & 1960s Graffiti Art Competition” is open to
participant age 13 years and above.
2. Each entry must be a team of four (4).
3. This competition is limited to the first 15 entries only.(first come
first served basis)
4. Participant(s) must bring their own spray paints and face masks.
5. Participant(s) graffiti art must comply and reflect to the theme
“Penang's Popular Music 1940s,1950s & 1960s”.
6. Graffiti art produced must be an original work of the participant(s)
to qualify in the competition.
7. Participant(s) who produce any graffiti art work with any element
of violence, politic, pornography or nudity for the competition will
be disqualified from the competition.
8. Participants can use mixed medium which must include spray paint
as a medium.
9. Participants will be given 120 minutes to finish their artwork.
(8.45am-10.45am)
Please submit your entry form before 5th February 2013(Tuesday) to zaid@penangmuseum.gov.my or fax to 04-226 1439 attention to Mr. Zaid Abdullah.
Join us! Go to http://www.jotform.me/
SUMBER: http://www.facebook.com/events/465957930119048/?notif_t=plan_user_invited
PENYOKONG PAS PULAU PINANG PULA BUAT DEMONSTRASI DI DEPAN PEJABAT GUAMAN KARPAL SINGH!!!
Isu KALIMAH ALLAH nampaknya masih belum reda. Walaupun dari semasa ke semasa, para penyokong dan pemimpin PAS cuba menyalahkan UMNO kerana kononnya telah memainkan isu tersebut ekoran UMNO dan Barisan Nasional sudah terdesak dan tidak mempunyai isu-isu besar untuk mengalahkan akatan Rakyat, nampaknya apa yang dikatakan itu adalah pendustaan semata-mata...TERUSKAN MEMBACA
(11 GAMBAR)Anzalna Nasir Dan Kekasihnya, Hanif Zaki
Satu perkara yang Abang Nara hormat kepada Anzalna ialah keterbukaannya dalam mengakui dirinya sudah berpunya. Kalau selebriti lain bukan main cuba untuk menafikan, Anzalna dengan penuh tenang memberitahu yang Hanif Zaki adalah kekasihnya...NAK LAGI? KLIK SINI
Artikel Utusan Malaysia fitnah lagi, Anwar menang saman fitnah
KUALA LUMPUR, 22 JAN: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak yang didapati bersalah memfitnah dalam satu laporannya awal tahun lalu berhubung satu temu bual yang disiarkan BBC.
Keputusan penghakiman oleh Hakim, Datuk VT Singham semalam mendapati artikel itu bersifat fitnah dan bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai pemimpin politik.
Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala ganti rugi yang akan ditetapkan pada 15 Februari ini.
Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya yang bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” itu memetik kenyataan bekas pemimpin PAS, Datuk Hasan Ali yang mendakwa Ketua Umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT) di negara ini.
Menurut Singham, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira fakta dan bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan.
“Artikel itu adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan.
“Mahkamah berpuas hati bahawa artikel itu adalah fitnah kepada plaintif,” kata Singham dalam penghakimannya.
Pada Jun 2012 tahun lalu, Anwar juga menang saman terhadap fitnah berhubung kenyataan Datuk S Nallakarupan kononnya beliau menerima wang sebanyak RM60 juta dari Anwar.
Saman RM100 juta yang difailkan pada 26 Mac 2012 itu turut menamakan Utusan Melayu (M) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.
Sehingga kini, Utusan Malaysia mencatatkan rekod panjang tewas dalam kes saman terhadapnya oleh pemimpin oposisi yang lain.
Antara kes saman fitnah yang dimenangi pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk oleh Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh pada 2012, saman fitnah Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada Ogos 2012, dua kali kes saman fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Dengan segala bukti mahkamah yang mensabitkan kesalahan akhbar kawalan UMNO-BN itu, ternyata Utusan Malaysia tidak mempunyai etika dan tanggungjawab sebagai media yang boleh dipercayai.
SUMBER: http://roketkini.com/2013/01/22/artikel-utusan-malaysia-fitnah-lagi-anwar-menang-saman-fitnah/
LISTEN! LET ME SPEAK! Aksi "KOREK" dalam LRT
Apabila nafsu serakah menguasai diri, tempat bukan suatu halangan. Walaupun di tempat awam, perasaan malu bagaikan sudah hilang. Jangan sampaikan manusia sudah tidak dapat dibezakan dengan haiwan. Sama-sama kita berdoa agar terus di kurniakan sifat malu dan akal yang mampu berfikir.
Animal do have problems, human also have problems...hahaha...
SUMBER: http://www.facebook.com/photo.php?v=1989299061759&set=vb.1521813067&type=2&theater
GOSIP BLOGGER - Amenoworld Patut Cermin Diri Sendiri Sebelum Kutuk Rosmah Mansor
![]() |
Siti Norashikin @ Amenoworld
|
Amenoworld satu nama yang tak cukup asing lagi dalam arena blogging tanah air Malaysia ini. Blogger yang cukup suka mengutuk dan menghina Datin Sri Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri Malaysia...TERUSKAN MEMBACA
Rozita Che Wan: Ya, Hubungan Dengan Zain Saidin Serius
Ya, akhirnya ada kenyataan dari pihak yang satu lagi tentang perkahwinan Zain Saidin & Rozita Che Wan yang menjadi bualan ramai sepanjang hujung minggu lalu.
Rozita Che Wan hari ini berkata kepada Utusan Malaysia mengakui yang hubungan beliau & Zain Saidin kini sememangnya serius tetapi belum sampai ke tahap merisik atau bertunang.
“?Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan.
Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya”
Namun, Rozita Che Wan turut berkata yang beliau kini masih sibuk dengan dunia lakonan dan tiada masa untuk memikirkan akan perkahwinan — tetapi tidak menolak jodoh dengan Zain Saidin.
“Seperti yang peminat tahu, itu merupakan pendapat Zain secara peribadi. Harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan kami”











.jpg)








.jpg)




