Ketika pelakon Fizz Fairuz dan tunangnya, Azlyn Massiela memberi kenyataan yang bercanggah berhubung kisah pertunangan mereka, seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah suami kepada Azlyn tampil memberikan kenyataan.
Memetik laporan Harian Metro, individu yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an, meminta agar masyarakat tidak menyalahkan Fizz terhadap perkara yang berlaku sambil mengakui isterinya itu 'sakit' selepas lapan bulan hilang ingatan.
Menurut Ramli, kesunyian menjadi faktor isterinya bertindak demikian berikutan kurang dibberi perhatian selepas bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).
“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” ujar Ramli.
Sebelum ini, Fizz dikatakan hanya mengetahui tunangnya adalah isteri orang selepas empat hari bertunang dan seterusnya bertindak memutuskan hubungan pada Ahad lalu.
No comments:
Post a Comment
MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.