CINTA yang bertandang di hati tidak pernah diundang dan pelakon jelita berdarah Jawa, Cina dan Arab, Rabecca Nur Al Islam, 25, tidak pernah menyatakan siapa jejaka yang datang dalam mimpinya setiap malam.
Bukan ingin menyembunyikan kisah cintanya itu, namun selagi belum pasti apakah hubungan yang terjalin akan berakhir sehingga ke jenjang pelamin, bagi Rabecca lebih baik dia berdiam diri dulu.
"Heboh bercerita sana sini, andai kata hubungan saya itu tidak menjadi, saya juga yang tanggung malu. Orang sekeliling mula membuat pelbagai spekulasi dan untuk mengelakkan perkara itu terjadi, lebih baik jangan pukul canang.
"Sebenarnya sudah tiga tahun saya dan calon suami, Nor Azam Datuk Sulaiman, 42, berkenalan. Barangkali ada yang sudah tahu dan tidak kurang juga yang berteka-teki. Perkenalan bermula pada satu pertemuan pada majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.
"Ketika itu, kami hanya bertanya khabar. Tanpa saya ketahui, Azam minta nombor telefon saya daripada rakan yang juga adalah sahabatnya. Sejak itu dia sering menghubungi saya dan mengajak keluar...READ MORE
0 comments:
Post a Comment
MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.