Senarai hutang "UMNO" yang belum bayar. Bikin Malu saja! |
Salam Rakan2 Blogger,
Hari ini ketika MP pi ke sebuah kedai sukan di tingkat 2, KOMTAR tiba-tiba ternampak notis ini di meja kaunter. Terkejut MP! Mana tidaknya, siap tayang terang-terang tanpa 'cover line' langsung. Sesiapa yang berkunjung ke kedai ini pasti ternampak notis ni. MP turut dipahamkan "dia" merupakan orang yang paling lama berhutang dengan kedainya iaitu semenjak 2004! (seperti tertera di notis)
"Dia" ni memang bikin kaum malu la. Berdasar maklumat tuan punya kedai, benda yang dia beli ni adalah untuk tujuan "election". So, paham2 la. Bukan nak menghentam mana2 parti, tapi ini la akibat kalu suka jual nama parti. Kalau nak beli barang pun jual nama parti, contoh perbualan dengan tuan punya kedai : "Saya dari parti cap ayam, so tokey jgn takut. Kita boleh bayar". Bila dah jadi camni, siapa malu. Tuan punya badan rasa kebal sebab guna nama parti. Tapi peniaga? Dimanakah keadilan. Bisnes tetap bisnes. Macam mana, peniaga tak boikot parti2 yang berperangai camni. Bila tak support, cakap jangan lupa dulu aku pernah tolong hang. Tapi bagi peniaga, lupa lagi baguih. Budaya haprak ni patut dihapuskan.
Menurut tuan kedai lagi, "dia" tak mau bayar sebab kualiti tak menepati citarasa. Tapi bila tuan kedai minta barang balik "dia" tak mau kasi. So, apa ceghita? Paham2 la.
Kesimpulan dan pengajaran, jangan la guna nama parti atau nama org besar mana2 pun la, baik guna nama kita. Ini kerana nila setitik rosak susu sebelanga. MP harap "dia" seperti notis diatas ni tak pegang lagi la jawatan tu. Bukan apa, buat malu kaum!!! Haprak punya manusia mcm ni boleh dilantik jadi pemimpin. Rasanya notis tu akan terus terpampang untuk tontonan umum sampai la "dia" ni bayar. Jangan sampai satu Pulau Pinang nampak baru nk bayar. Kalau ada diantara pembaca mengenali "dia" ni, tolong khabarkan dengan segera. So, lu pikiaq la sendiri kawan!
***kalu tak percaya boleh berkunjung sendiri ke KOMTAR, tingkat 2 area atas kaunter FireFly. Tak banyak kedai sukan kt situ, sure bleh jumpa.
MP
0 comments:
Post a Comment
MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.