Pertama sekali Putera Pulau ingin mengucapkan Salam Ramadahan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh rakyat beragama Islam khususnya pembaca Buletin Mutiara. Terima kasih diatas sokongan padu anda semua kepada terbitan bulanan ini kerana siapalah kami tanpa anda. Pelbagai ranjau yang diharungi demi menerbitkan secebis warkah yang cuba memaparkan kebenaran hari-hari yang dilalui oleh rakyat Pulau Pinang bersama pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat. Terbitan Unit Penerangan Kerajaan Negeri ini turut menerima pujian dari pembacanya saban hari namun tidak kurang juga yang mencerca. Walaubagaimanapun, pujian bukanlah milik kami tapi ianya adalah milik anda yang masih setia menghadam kebenaran sebenar yang disajikan. Terima kasih juga bagi yang mencerca, kerana mungkin ada lagi yang perlu diperbaiki ataupun terlepas pandang pada usia mentah penerbitan 2 tahun. Namun, ini semua mematangkan kami dalam memastikan setiap berita benar itu sampai ke tangan rakyat. Tahun 2011 merupakan tahun yang penuh dengan babak dan aksi drama yang melanda negara kita namun apa pun berlaku hari esok tetap tiba. Sebagai anak Malaysia tidak kira apa bangsa dan darjat, kita sememangnya layak mnerima ucapan tahniah kerana masih mengekalkan nilai-nilai muhibbah sesama bangsa walaupun pelbagai duri dendam cuba disemai oleh sesetengah pihak. Sambutan hari kemerdekaan tahun ini merupakan sambutan berganda dimana kita bakal meraikannya bersama Hari Raya pada akhir bulan Ogos. Sedar tak sedar sudah 54 tahun kita merdeka, walaupun nilai harga kemerdekaan ini sering diperdagangkan oleh sesetengah pihak.
Rakyat Pulau Pinang sememangnya menghadapi revolusi tampuk pimpinan dari sebuah kerajaan lama kepada sebuah kerajaan baru. Kerajaan baru yang memastikan hari ini lebih baik dari semalam, tidak pernah berhenti memikirkan apa sahaja tindakan demi mengutamakan kesejahteraan rakyat. Berkonsepkan kerajaan berjiwa rakyat, Pakatan Rakyat akan terus memastikan Pulau Mutiara ini terus bersinar. Kejian juga sentiasa mengotori niat suci kerajaan dibawah pimpinan Lim Guan Eng walaupun sebenarnya ia menguntungkan rakyat marhaen. Berani kerana benar, inilah yang menjadi pegangan barisan pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang selama memimpin negeri bertuah ini.
Terkini, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menimbang memberikan RM 100 wang tunai “one-off” kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini, di mana salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang. Program “Anak Emas Pulau Pinang” akan mensyaratkan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan.
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan 11,596 unit rumah mampu milik yang sekaligus menyangkal kenyataan yang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak membina rumah mampu milik kepada rakyatnya. Ini adalah di antara kos rendah (RM42,000) dan kos sederhana rendah (RM72,500) yang diluluskan.
Jasa demi jasa ditabur kepada rakyat tapi masih ada yang buta sehingga mengirimkan pelbagai “hadiah” buat kerajaan negeri. Anak khinzir, biawak dan itik yang disangka bom telah mengecohkan tingkat 3 Komtar baru-baru ini. Inikah transformasi minda selepas negara kita merdeka 54 tahun. Tidak kurang juga yang cuba menghadiahkan pakaian dalam wanita kepada pemimpin negeri. Beginilah sifat sesetengah pihak yang berkepentingan peribadi bertindak tanpa menggunakan akal kurniaan Tuhan. Jika hendak protes biarlah berintelektual bukan seperti lembu menyondol kain merah. Main serbu tanpa motif yang munasabah. Jika hendak berjuang, biarlah membawa barakah bukan masalah. Akhir kalam, semoga kita semua terus dirahmati di bulan yang mulia ini.
Selamat menunaikan ibadah puasa!
-Putera Pulau-
Selamat menunaikan ibadah puasa!
-Putera Pulau-
0 comments:
Post a Comment
MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.