USM: Melayu Lupa Daratan

Wednesday, November 2, 2011 0 comments

Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah nama institusi pendidikan yang cukup gah di bumi Malaysia. Sebuah universiti yang ditatang bagai minyak yang penuh atau dengan bahasa yang mudah difahami sebuah universiti bermandikan duit. Duit yang diperolehi oleh Kementerian Pengajian Tinggi atau kerajaan. Pelbagai dana kerajaan dari pelbagai sudut ditumpukan khas kepada USM. Dengan kurniaan status APEX pada 2008,  rezeki institusi ini makin mencurah-curah. Namun..."kapla" USM berjawatan TNC berbangsa Melayu sanggup meludah elemen bangsa sendiri atau Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara. Kini, aku semakin faham kenapa isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih terawang-awang kerana masih wujud duri dalam bangsa Malaysia sendiri. 
Amat dikesalkan apabila bangsa sendiri bertindak menjadi "pengkhianat bangsa" dan memandang "jijik" terhadap Bahasa Melayu. Apakah "dia" seorang berilmu sudah lupa? Memang benar kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa! Kekuatan bangsa terletak pada bahasanya. Kalau bukan bangsa Melayu yang memartabatkan bahasa Melayu, takkan kita nak harapkan bangsa lain. Adakah "dia" sebenarnya malu nak mengaku sebagai bangsa Melayu. Sangat bangsat!
Dalam sebuah mesyuarat, "dia" menyifatkan bahawa bahasa Melayunya sangat sampah, lemah dan lebih rela menggunakan bahasa penjajah dalam apa jua urusan. Kenyataan yang dibuat secara terbuka ini, menonjolkan kebanggaan "dia" menikam bangsa sendiri. Rata-rata yang ada dalam mesyuarat tersebut adalah bangsanya sendiri, MELAYU. Semuanya kelu tak bersuara dan hanya mengangguk dek kerana "hormat" pada "dia" yang berpangkat besar dalam USM. Jika benar sekalipun Bahasa Melayu "dia" sampah, tidak perlulah disuarakan secara terbuka dan penuh bangga. 
Aku tidak paham Melayu seperti "dia" yang mungkin tidak kenal sambal belacan. Darah apa yang mengalir dalam badan "dia"? Yang lebih menghairankan bangsa apakah "dia"? Suku kaum mana "dia" datang? Macam mana "dia" boleh ada dalam Malaysia?
Bagi seorang intelektual seperti "dia", perlulah menggunakan akal sebelum bersuara. Guna dulu hak berfikir sebelum hak bersuara!
Bukan hendak bersifat rasis malah aku bangga menjadi bangsa Melayu di bumi Malaysia. Negara yang terkenal dengan keharmonian pelbagai kaumnya. Kita semua berpayung dibawah bendera yang sama walaupun ada diantara kita berbeza fahaman agama & politik. TAPI...jika bukan bangsa Melayu mengimarahkan bahasa Melayu, siapa lagi? Bangsa lain? Sejauh mana bangsa lain mampu sedangkan mereka juga punya bahasa sendiri. 
Diharapkan "dia" sedar dari terus menjadi "haprak" kepada bangsa sendiri atau menjadi MELAYU LUPA DARATAN!!!

0 comments:

Post a Comment

MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.

 

©Copyright 2011 Melayu Pulau | TNB