UMNO dan “luncai” menuju PRU13

Tuesday, December 6, 2011 0 comments


Bahang PRU13 makin terasa dan punggung UMNO pun semakin panas kerana risau kehilangan tempat di hati rakyat. Pelbagai agenda dicongak oleh pemimpinnya yang semakin mabuk kuasa dan gentar kehilangan kuasa.

Perhimpunan Agung UMNO 2011 sibuk mencari "calon boleh menang" (winnable candidate) untuk  masuk gelanggang pilihanraya umum ke 13 ini jelas membuktikan UMNO kini di dalam keadaan yang amat terdesak untuk mempastikan UMNO tidak tumbang kepada PR yang disifatkan sebagai “hero rakyat” yang mampu selamatkan Malaysia dari cengkaman kukubesi UMNO. Kriteria baru ini (calon boleh menang) sudah pasti akan meresahkan beberapa pimpinan atau “orang lama” UMNO yang selama ini berpegang kepada ciri kekananan dan senioriti seseorang di dalam parti.

Ungkapan "calon boleh menang" jelas membuktikan sejak munculnya Pakatan Rakyat (PR), UMNO dan kroni-kroninya mempunyai ramai calon yang tidak boleh menang, dan kini terpaksa berhempas pulas mencari calon berkaliber serta boleh diterima rakyat agar mimpi ngeri 2008 tidak berulang lagi.

Di zaman teknologi maklumat hari ini, seseorang calon akan diteropong 360 darjah oleh rakyat. Sebarang kecacatan dan kelemahan akan terdedah. Calon si perasuah, si penipu, si pembohong, si bacul, si angkuh, si pengkhianat, si kaki botol, si kaki perempuan, si perogol, si penjudi, si pengebas, si pencarut, si lembik dan si lembu adalah mereka yang bakal ditolak untuk membarisi “calon boleh menang” pada PRU13. Namun tanpa mereka semua ini, UMNO sudah tiada calon, malah cukup ramai di dalam UMNO “calon kantoi” seperti ini.

Siapa lagi pemimpin yang disifatkan bersih dalam UMNO untuk ditonjolkan sebagai calon? UMNO menyedari bahawa rakyat semakin celik dan buka mata seperti yang dinyatakan oleh Presiden UMNO, Najib sendiri iaitu UMNO harus peka kepada  pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang. Ternyata pucuk pimpinan UMNO semakin pening dan bingung memikirkan “trendsetter” baru pengundi yang kini dibayangi pula isu “lembu” oleh  pemimpin wanita tertinggi UMNO, Datuk Sharizat Abdul Jalil sehingga menimbulkan pebalahan sesama ahli dalam satu “kapal”.

Kekebalan hati rakyat terhadap PR pula semakin menebal walaupun mereka terus disajikan fitnah dalam cubaan menjatuhkan pemimpinnya. Di Pulau Pinang, inisiatif untuk terus memartabatkan rakyat tetap terus dilangsungkan oleh kerajaan PR. Berikut adalah antara agenda dan kejayaan kerajaan PR Pulau Pinang yang patut dikongsikan dan diambil tahu kerana ianya adalah tunjang kepada kepercayaan rakyat yang diberikan dalam tempoh sepenggal ini:

1.      Pulau Pinang merupakan negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, RM12.2 billion, iaitu yang paling tinggi dalam sejarah negeri ini.
2.      Pulau Pinang dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.
3.        Pengurangan hutang yang paling besar di antara semua negeri sebanyak 95% atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
4.       Pulau Pinang telah berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27% iaitu penurunan yang paling tinggi di Malaysia.
5.       Pulau Pinang merupakan negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik.
6.      Negeri tunggal yang dipuji oleh Transparency International atas usaha membendung rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.
7.     Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan dan ingin menjadi negeri pertama membasmi kemiskinan di Malaysia menjelang 2015.
8.     Pulau Pinang merupakan negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM 100 setiap tahun kepada warga mas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran “one-off” sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.
9.        Pulau Pinang mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010
10.    Pulau Pinang menyumbang lebih 60% daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.

Senarai kejayaan ini mungkin mampu disangkal dan diracuni oleh UMNO melalui penguasaan media arus perdana yang menjadi medium informasi kepada rakyat namun semakin mustahil diterima-pakai oleh rakyat Pulau Pinang khususnya yang melihat sendiri kerajaan PR Pulau Pinang berhempas-pulas terus mencipta kejayaan demi memperkasakan rakyat.

Berdasarkan pemerhatian, bukan “calon boleh menang” menjadi ukuran atau penentu kepada kemenangan PRU13 akan datang, sebaliknya usaha dan kebajikan yang telah ditaburkan atau dirangka kepada rakyat yang inginkan perubahan kepada sebuah Malaysia yang lebih makmur dan syumul. - Putera Pulau

0 comments:

Post a Comment

MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.

 

©Copyright 2011 Melayu Pulau | TNB