AFF Suzuki Cup 2012 : Melatah di luar stadium BUKAN penyelesaiannya

Thursday, November 29, 2012 0 comments
Malaysia 4 - Laos 1 (28 November 2012)



MP nak berkongsi sedikit pendapat sebagai anak Malaysia yang cintakan pasukan Harimau Malaya kepada semua pembaca setia MP. 

Sebelum MP terus "melatah", tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang berjaya "membaham" Laos 4 - 1.

Kepada peminat, penyokong & semua ultras malaya, janganlah kita main sondol-sondol atau serbu tak pakai helmet. Bukan apa, MP sedih apabila ada di antara kita yang cepat melatah apabila Harimau Malaya tumpas. Sudah menjadi adat sebenarnya dalam sukan, mesti ada menang & kalah. Jika kalah bukan bererti kalah untuk selamanya. Adakalanya, kalah akan lebih mencekalkan sesebuah pasukan menghadapi perlawanan pada masa akan datang. 

Sesetengah antara kita, bila kalah hentam bagai tak pakai sarung. Kalau yer pun playsafe la sikit. Hahaha.

Bukan dengan menunggu di luar stadium sekat pemain & jurulatih akan menyelesaikan segala punca permasalahan yang menyebabkan kita tewas. Tiadak cukup dengan itu, siap panggil Rajagopal untuk bersua muka memberi penjelasan mengapa kalah.

Penjelasan apa lagi yang kita nak? Kalau sudah kalah, kalah lah. Walaupun sekiranya Rajagopal tampil memberi penjelasan, keputusan tetap tidak berubah. Tetap kalah.

Kekalahan yang memalukan kepada negara jiran, Singapura di laman sendiri memang pedih.Tapi itu bukan penamatnya. Perjalanan kita masih panjang. Banyak lagi rintangan & ranjau yang perlu Harimau Malaya lalui. 

Jika kita sendiri atau orang laman sendiri dah melatah, bagaimana nak menambahbaikkan keadaan. Sebaliknya akanmenjadi lebih hancur.

Kepada mereka yang cuba menjadi hero di luar stadium tempoh hari (lihat video diatas), syabas diucapkan kerana anda memang seorang yang "perfect". Tidak seperti pasukan Harimau Malaya yang perlu belajar daripada kesilapan yang dilakukan. Jika anda tidak pernah buat silap, jangan paksa orang lain jadi "perfect" macam anda. Orang lain perlu belajar kerana masih kurang ajar daripada anda yang terlebih ajar "melatah" di luar stadium.

Lagi satu, panggil Rajagopal buat penjelasan. Lu sapa kawan? Lu mana punya coach? Pernah jadi coach bola ke? Paling penting, pernah sepak bola ke? Jika anda pernah tersadung tersepak batu, itu adalah dua perkara yang sangat berbeza. Nasib baik la King Gopal tak layan puak bijak pandai ni tempoh hari. Jika tidak...lu pikir la sendiri.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadi penyokong Harimau Malaya yang berfikiran rasional. Zaman dah berubah, kita masih meraba mencari haluan. Baik ke, buruk ke, menang ke, kalah ke, laman kita semua tetap sama. Melukut di bumi Malaysia yang terchennntaaa!

Akhir kalam, all the best TEAM MALAYSIA -HARIMAU MALAYA.

MP - Melayu Pulau

0 comments:

Post a Comment

MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.

 

©Copyright 2011 Melayu Pulau | TNB