Friday, March 1, 2013

Sedeehhh!!! Orang Sabah tikam orang Lahad Datu!


Cantik?! Ini lah anak Sabah, Aisha Geoffry yang sanggup menulis kenyataan Tian Chua, Naib Presiden KEADILAN yang menyatakan insiden yang berlaku di LAHAD DATU adalah satu SANDIWARA! Sudah 3 anggota keselamatan kita terkorban pada insiden tersebut. MP bukan menyebelah mana2 pihak, tapi apa perasaan isteri, anak atau ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban.

Yang PALING BEST!!! Ianya ditulis oleh anak SABAH sendiri. Seedihhh!!! Apa perasaan anak2 Sabah di Lahad Datu sekiranya tahu tulisan Aisha Geoffry! Kepada Aisha, lu pikir la sendiri! Harap tiada mana2 anak negeri yang SOKONG meng-KHINZIR BUTA setiap kenyataan ahli politik.

Pautan tulisan Aisha Geoffry di Keadilan Daily: 


Sunday, February 24, 2013

Melayu Islam "DIGALAK" bela anjing?


Admin agak terkejut dengan beberapa kenyataan di dalam video ini. Mungkin ada orang bijak pandai agama boleh komen mengenai video ini. Setahu admin anjing adalah HARAM menurut mazhab Syafi'e. Apa yang sudah berlaku dengan orang Islam di Malaysia pada hari ini? Perkara ini berlaku di Kedah & turut mendapat komen "MENGGALAKKAN" dari Pejabat Mufti Kedah. Apa pun, selamat menonton & nilailah sendiri. Moga kita semua dilindungi Allah Ta'ala.

Thursday, February 21, 2013

Isu rumah mewah: Taktik halus DAP halau orang Melayu dari Pulau Pinang



KUALA LUMPUR, 17 Feb. 2013 - Niat kerajaan DAP Pulau Pinang mengenakan pelbagai syarat tidak munasabah kepada syarikat pemaju yang mahu membina rumah kos rendah dilihat sebagai satu taktik halus untuk menghalau orang Melayu keluar dari negeri itu.

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri itu hanya berminat membina rumah kos mewah di Pulau Pinang yang tidak mampu untuk dibeli oleh kebanyakkan orang Melayu di situ.

"Memang betul DAP ada niat tidak baik untuk menyukarkan proses bagi pembinaan rumah kos rendah di negeri itu. Sebenarnya, mereka memang tidak mahu bina rumah kos rendah," katanya ketika di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari Sabtu(16 Feb 2013) yang berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan berniat tidak baik apabila cuba menghalang pembangunan projek rumah kos rendah di negeri ini dengan meletakkan pelbagai syarat tidak munasabah bagi pembinaannya.

Menurut Nor Mohamed, projek Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya tidak terkecuali apabila kerajaan negeri meletakkan syarat keterlaluan kepada JKP Sdn. Bhd. (JKP) yang mahu membangunkan 703 unit bangunan bercampur di atas tanah seluas 5.26 hektar yang dibeli sendiri JKP daripada pihak swasta.

Lebih menyedihkan, Nor Mohamed berkata sebanyak RM12 juta dibelanjakan bagi tujuan pembelian tanah dan pembayaran pampasan, tetapi akhirnya kerajaan negeri meletakkan syarat mahu laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan 400 unit rumah kos rendah didirikan.

Menurut Nor Mohamed, melalui projek Kampung Bagan Serai itu, JKP mahu membina rumah kos rendah yang akan dijual pada harga RM42,000 seunit, rumah teres dua tingkat dengan harga RM299,000 seunit dan rumah kedai pada harga RM129,000.

Mohamed Razali berkata, pada dasarnya, tidak ada rumah kos rendah yang pernah dibina di negeri itu khusus untuk membantu rakyat golongan berpendapatan rendah memiliki rumah.

Sebaliknya, kata beliau, rumah mampu milik juga berharga RM400,000 jadi amat mustahil bagi rakyat yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah sendiri.

SUMBER : UTUSAN

Bekas Tunang Fizz Fairuz 'Sakit'



Ketika pelakon Fizz Fairuz dan tunangnya, Azlyn Massiela memberi kenyataan yang bercanggah berhubung kisah pertunangan mereka, seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah suami kepada Azlyn tampil memberikan kenyataan. 

Memetik laporan Harian Metro, individu yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an, meminta agar masyarakat tidak menyalahkan Fizz terhadap perkara yang berlaku sambil mengakui isterinya itu 'sakit' selepas lapan bulan hilang ingatan. 

Menurut Ramli, kesunyian menjadi faktor isterinya bertindak demikian berikutan kurang dibberi perhatian selepas bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” ujar Ramli. 

Sebelum ini, Fizz dikatakan hanya mengetahui tunangnya adalah isteri orang selepas empat hari bertunang dan seterusnya bertindak memutuskan hubungan pada Ahad lalu. 

Yuna Sedar Hubungan Qi & Nelydia



Susulan laporan pengacara dan pelakon, Qi Razali yang mengakui dalam proses mengenali Nelydia Senrose dengan lebih dekat, pelakon drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' ini turut tidak menafikan hal tersebut. 

"Saya selesa berkawan dengan Qi. Kami sudah lama kenal dan rapat ketika penggambaran drama, tahun lalu.

“Qi suka bercakap mengenai masa depannya, sikap itu membuatkan saya lebih senang untuk berbincang bersamanya. Namun, hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.

“Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak perkara itu,” ujar Nelydia yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Dalam perkembangan berkaitan, Yuna menerusi status di akaun Twitternya yang bertarikh 4 Februari lepas seakan-akan mengiyakan hubungan bekas kekasihnya itu. 

Berikut MH Online kongsikan status yang dimuat naik Yuna. 

Mid-April polls after PM winds up national tour



KUALA LUMPUR, Feb 21 — The 13th general election is expected by the second week of April, a month after Datuk Seri Najib Razak ends his “Janji Ditepati” (Promises Fulfilled) national tour and his Barisan Nasional (BN) completes its candidates list and manifestos, sources say.

The Malaysian Insider understands the prime minister’s last stop of the tour is in his Pekan parliamentary constituency on March 16, after which he is expected to meet the Yang di-Pertuan Agong and seek a dissolution of Parliament.

“The Election Commission (EC) normally sets polling day about three weeks after Parliament is dissolved, so we expect the earliest is mid-April,” a BN source told The Malaysian Insider.
There has been speculation that Parliament will be dissolved this week and a general election will be held by the end of March, more than five years after the last general election on March 8, 2008.

But the BN source dismissed the speculation, saying the only event related to elections this week is the EC gazetting the latest electoral rolls tomorrow.

The EC will set the polling date with a minimum 10-day campaign period and is expected to do so after Parliament and all state assemblies except Sarawak are dissolved. Sarawak had its state elections in 2011.

“The PM has up to April 28 to call elections. He will take his time,” the source said, adding that BN leaders are going through the manifesto and candidates lists carefully to ensure a winning combination.

The Malaysian Insider has previously reported that the BN manifesto will be ready by the end of this month while activists from the component parties have already started their ground work.

The Star reported yesterday Najib was “keen to have everything “done and dusted” by the end of March”, referring to the manifesto, candidates list and general preparations.

The MCA-owned English daily also said Najib’s headache seems to be the choice of the proposed mentris besar for Kedah and Selangor which BN is keen to capture.

“Without the proposed MB named in advance of the elections, Najib will find it difficult to convince voters that the BN was serious about recapturing the states,” one senior aide told The Star.

The Malaysian Insider understands that the mentris besar list will be ready by end of the month, just after the Rulers Conference on February 26.

Several BN mentris besar are expected to be dropped or promoted to the federal level as they have served more than three terms in their states.

“Najib is serious about transformation, about party renewal so there is a need to reshuffle the mentris besar list just like what Dr Mahathir did in 1982,” an Umno warlord told The Malaysian Insider, referring to Tun Dr Mahathir Mohamad’s reshuffle of state leaders when seeking his first mandate as prime minister in the 1982 elections.

Among the mentris besar that could be changed are those from Johor, Malacca and Pahang apart from new faces for Kedah and Selangor.

The Star also reported that BN leaders have claimed that Najib would want to avoid the period from March 29 to April 4 for polling.

This, they say, is because Good Friday falls on March 29 and Easter on March 31 while the Chinese grave-sweeping custom of Qing Ming falls on April 4 but many Chinese families will choose their ancestral grave cleaning rituals over the weekend of April 6 and 7.

“Many Chinese travel back to their hometown to do this and polling on this weekend would prove to be unpopular,” the paper said.

Monday, February 18, 2013

JABATAN PENERANGAN NAFI KELUAR KENYATAAN PELETAKAN JAWATAN PERDANA MENTERI




KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi ini, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - ''Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.''

"Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.

"Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Ibrahim berkata satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis.

SUMBER: http://my.entertainment.yahoo.com/news/jabatan-penerangan-nafi-keluar-kenyataan-peletakan-jawatan-perdana-043519058.html

Tinggal nota atas resit bank



ALOR GAJAH - Seorang remaja sempat meninggalkan nota pada tiga keping resit pengeluaran wang sebelum dia ditemui mati tergantung dalam bilik tidur di rumahnya, dekat Padang Sebang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, Sabtu lalu, Muzaffarabadi Ishak, 23, ditemui ibunya yang berusia 60 tahun dalam keadaan leher terjerut dengan tali yang diikat pada palang kayu.

Sumber berkata, ibu mangsa yang memasuki bilik anaknya tergamam melihat keadaan mangsa yang sudah tergantung dengan lengkap berpakaian.

"Ibu mangsa menjerit sebelum abang mangsa meminta pertolongan daripada jiran untuk membantu menurunkan mangsa.

"Sebaik diturunkan, mereka cuba mengejutkan mangsa yang sudah pucat namun tiada tindak balas diterima," katanya.

Menurutnya, dalam sama sama, abang mangsa menemui tiga keping resit sebuah bank yang tertulis luahan hati mangsa yang dipercayai tulisan mangsa sendiri.

"Mangsa menyatakan hidupnya bosan walaupun masih mempunyai keluarga selain seolah-olah berdepan masalah peribadi sehingga mengakhiri luahannya dengan menyebut berkenaan kematian," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut sumber juga, setengah jam sebelum kejadian, mangsa sempat bersarapan bersama keluarga di rumah dan tidak menunjukkan sebarang sikap mencurigakan.

"Tiada sebarang sikap ditunjukkan mangsa yang hanya bekerja sendiri itu.

"Difahamkan tali yang digunakan mangsa turut disedari beberapa rakannya sudah berada dalam bakul motosikal mangsa sejak tiga bulan lalu dan membawanya ke mana saja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tinggal-nota-atas-resit-bank-1.132204

Emma Ma’embong Akui Putus Cinta Sejak Awal Februari


Sebenarnya, ramai juga yang tidak tahu bahawa sebelum ini Emma Ma’embong sudah pun mempunyai kekasih dan kisah percintaan mereka tidak mendapat perhatian daripada mana mana media...TERUSKAN MEMBACA

Free port if better Penang-Federal ties?


KUALA LUMPUR: Reinstating free port status for Penang will spur both the state and Malaysia’s economy as it is a geared-up initiative on moving towards high-income nation, said economists...READ MORE

Sunday, February 17, 2013

RoS confirms it received DAP’s report; apologises for confusion


PETALING JAYA: The Registrar of Societies (RoS) confirmed Sunday that it had received the DAP’s Dec 15 Central Executive Committee’s polls report on Feb 8, ahead of the Feb 15 deadline it had set for the party...READ MORE HERE

Hindraf - Pakatan berisiko tewas 25 kerusi



SHAH ALAM: Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat berisiko kehilangan sehingga 25 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang sekiranya dipulau oleh kumpulan pendesak itu.

Beliau berkata sokongan kaum India untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin pulih dan justeru itu mengingatkan Pakatan supaya tidak terlalu yakin.

Beliau mengulas keengganan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikat perjanjian dengan Hindraf untuk melaksanakan pelan tindakan meningkatkan taraf sosio-ekonomi kaum itu.

Sebelum ini Anwar juga enggan melayan desakan Hindraf untuk bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun.

"Masyarakat India tidak berperang dengan kerajaan sepertimana pada tahun 2007 hinggan 2008,” kata Waythamoorthy. 

"Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan kerja yang mengagumkan dari bawah dan jika mereka berjaya mendapatkan 55 peratus daripada jumlah pengundi India, Pakatan berkemungkinan untuk hadapi risiko di 25 kerusi Parlimen," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Beliau juga meramalkan bahawa Kedah dan Selangor mungkin akan kecundang ke tangan BN dalam pilihan raya akan datang.

Wayathamoorthy berkata tuntutan Hindraf tidak keterlaluan dan membidas Anwar kerana berdolak dalih dan memberikan jawapan samar mengenai pendirian beliau.

Minggu lalu, Anwar berkata semua tuntutan Hindraf boleh diselesaikan dalam masa 100 hari Pakatan menubuhkan kerajaan, namun menolak memberikan ketetapan itu secara bertulis. 

PRU13: ISMA tanding atas tiket BERJASA



SHAH ALAM: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan hari ini mengesahkan akan bertanding atas tiket Barisan Jamaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti dengan menyenaraikan 11 kerusi sebagai sasarannya buat masa ini.

Presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman bagaimanapun menegaskan penglibatan ISMA pada pilihan raya kali ini adalah bertujuan mengangkat martabat perjuangan Islam secara tuntas, jelas dan terang sekali gus memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Negara. 

"ISMA telah mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Barisan Jamaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA).

"Calon-calon daripada ISMA akan bertanding pada pilihan raya ke 13 di atas tiket BERJASA," katanya dalam satu kenyataan media. 

Selain itu Abdullah Zaik berkata pihaknya juga akan mengemukakan pilihan calon-calon muslim yang berwibawa yang boleh membawa amanah dan kepercayaan perjuangan ummah yang kini menjadi antara isu yang kritikal dikalangan parti-parti politik di negara ini.

Katanya, ini adalah penting bagi memastikan perjuangan kepada kestabilan negara, perjuangan bangsa dan masa depan ummah terjamin dan berada di landasan yang betul.

"Masa depan Islam dan orang-orang Melayu selepas PRU13 dijangkakan akan terus berada di dalam keadaan tidak menentu.

"Calon-calon ISMA masuk bertanding untuk menang, dan berharap dapat memainkan peranan Kuasa Ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa yang paksi politiknya ialah nasib dan masa depan umat Melayu Islam di Malaysia tanpa mengambil kira blok politik mahupun sempadan kepartian," ujarnya.

Sebelum itu pada sebelah pagi tadi, ISMA melancarkan jentera pilihan raya dan mengumumkan parti yang akan dijadikan platform untuk menurunkan calonnya iaitu BERJASA.

Akhir tahun lalu, ISMA mengumumkan penubuhan biro politik sebagai persiapan menyertai dengan aktif dalam PRU13.

Mengulas lanjut, Zaik berkata ISMA bercadang untuk bertanding di 20 buah kawasan Parlimen dan DUN.

Sehubungan itu, kepimpinan ISMA dan BERJASA akan mengeluarkan satu manifesto standard dalam waktu terdekat.

Daripada 11 kerusi itu, sembilan melibatkan peringkat parlimen dan baki adalah bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun).

Dan pihaknya akan meletakkan calon di Subang, Puchong, Seremban, Tapah, Wangsa Maju, Segamat dan Gurun.

Kerusi-kerusi itu ditandingi oleh calon bukan dari Umno dan PAS lima tahun lalu.

Pada 8 Februari lalu, BERJASA berkata akan meletakkan calon di 150 kerusi pada PRU13 dengan tujuan mahu menambah suara orang Melayu di Parlimen dan Dun.

Pengarah Eksekutif Markas Pilihan Raya BERJASA, Datuk Hashim Abdul Karim berkata, dari 150 kerusi itu, 50 adalah bahagian Parlimen manakala baki 100 melibatkan peringkat Dun.

Menurutnya, BERJASA  mengambil keputusan untuk kembali bertanding pada PRU13 demi memperkasakan kembali hak orang Melayu dan agama Islam.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun akan dipertandingkan pada PRU13.

Beliau juga berkata, langkah meletakkan calon kali ini bukan bertujuan memecahkan undi orang Melayu, sebaliknya mahu meramaikan wakil kaum itu di Parlimen.

SUMBER: http://www.antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkapJlbg=%3D

Friday, February 15, 2013

Video Lagu Terbaru Shila Amzah “Masih Aku Cinta” Untuk Sharnaaz Ahmad



Shila Amzah melalui akaun Twitter beliau mengumumkan lagu terbaru berjudul Masih Aku Cinta yang diakui beliau ditulis untuk Sharnaaz Ahmad.

Lagu dengan petikan gitar dan nyanyian Shila Amzah ini cukup memberikan gambaran tentang perasaan Shila Amzah ketika ini. Ternyata lagu ini sungguh kuat dan mampu masuk ke dalam Anugerah Juara Lagu kerana mempunyai auranya yang tersendiri + ini kisah benar jadi betul2 menusuk kalbu liriknya serius!….

Shila Amzah – Masih Aku Cinta Lirik

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mungkin akan menjadi calon dalam PRU-13


KUALA LUMPUR, 15 Feb — Khabar angin mengatakan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bakal bertanding pada Pilihan Raya 2013 semakin menjadi kenyataan apabila beliau mengakui ada berbincang dengan parti politik dan memberi tempoh hingga akhir Februari ini sebelum memberi keputusan penuh....TERUSKAN MEMBACA

Mahathir disaran tanding di Permatang Pauh


KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood menyarankan agar Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13...TERUSKAN MEMBACA

Thursday, February 14, 2013

Tarian Singa Tahun Baru Cina di GANGNAM-kan

Lagi entri pasal Gangnam. Kali ni, tarian singa Tahun Baru Cina telah di Gangnam-kan. Nak tahu bagaimana singa ber-Gangnam? Jom layan video di bawah:

More Penang voters sitting on the fence


Sivamurugan Pandian


GEORGE TOWN: The number of fence-sitters (undecided voters) in Penang has grown in the past few months with the general election around the corner, says an academician.

Universiti Science Malaysia’s political scientist Sivamurugan Pandian said this is largely because of developments in Barisan Nasional and Pakatan Rakyat.

He said that on the BN side, the ruling coalition has been dangling many “carrots” such as handing out RM500 to those who qualify under the BR1M aid scheme.

It has also been making promises to solve socio-economic problems such as resolving housing woes and traffic congestion.

Other “carrots” dangled include building a monorail (public transport), reviving the free port status for the under-performing Penang Port and new incentives to boost healthcare, tourism and manufacturing.

On the Pakatan side, the opposition has been hit by a series of controversies such as the Allah issue, and the nomination of PAS president Abdul Hadi Awang to be the prime minister if Pakatan wins.

On the Allah row, PAS took a different stand from PKR and DAP when its Syura Council ruled that Christians cannot use the word Allah in the Malay-language Bibles.

Then came reports that PAS was not in favour of Opposition Leader Anwar Ibrahim becoming the next prime minister, which Hadi has since denied.

Do all these developments mean that BN has an edge over Pakatan? Or that Pakatan is crumbling?

Sivamurugan said nobody can predict for now, but the fact remains that more people are now undecided over who deserves to lead the country.

Act of desperation

In one corner is BN led by the “1Malaysia” campaign founder and Prime Minister Najib Tun Razak and in the other, is his nemises, Anwar, who continues to “sell” the storyline that the country is on the wrong track because of corruption, nepotism and cronism.

BN is trying hard to endear itself to the people with some initiatives that it hopes will translate into favourable “ratings” for its popularity.

For example, Sivamurugan said BN brought over South Korean online rap superstar, Psy (Park Jae-sang), here to usher in the Chinese New Year.

It was part of the state BN’s Lunar New Year open-house celebration.

It was reported that a crowd of some 100,000 jammed the Han Chiang Private College ground here to watch Psy perform his “Gangnam” style song and dance.

This will no doubt have an impact on the fence-sitters here, said Sivamurugan.

He believes that both BN and Pakatan have their respective share of traditional supporters and voters.

Meanwhile, state PKR committee member S Raveentharan believes that Pakatan enjoys the support of the bulk of the non-Muslims.

The Batu Uban assemblyman said the Chinese and Indian voters are largely with Pakatan and now, it is the Malays who must decide.

He said BN’s move to “enlist” Psy is an act of desperation to win over voters, especially the fence-sitters in Penang.

He said the money spent on Psy could be better used for helping the disabled.

He also dismissed claims of a split in Pakatan, saying that the visit by PAS spiritual adviser Nik Abdul Aziz Nik Mat to DAP chairman Karpal Singh’s home during the Thaipusam celebration, showed the opposition was united. It also sent the right message to the fence-sitters.



Wednesday, February 13, 2013

OPEN KANNANSTAR: Fenomena muzik TERKINI!!??

Memang tidak dapat dinafikan, PSY mempunyai sentuhan tersendiri dalam menempatkan muzik ciptaannya di hati seluruh masyarakat dunia. Lagu "Oppa Gangnam-Style" tidak perlu diperkenalkan lagi hari ini hinggakan menjadi ikutan dunia. Walaupun lagu ini berbahasa Korea, namun ia bukan halangan bagi bangsa lain masyarakat dunia menghayatinya.  Terbaru, "OPEN KANNANSTAR"...hahaha...mungkinkah ini aktiviti hostel mat bangla atau geng mamak nasi kandar di waktu lapang. Apa lagi? Layan video di bawah :


Monday, February 11, 2013

Shila temui pengganti di Pulau Pinang bersama bapa? Mungkin PSY Gangnam Style?

Wahhh! Betul ke, hahaha! Gurau2 je...tetiba tadi tengah sedap dok ushar gambar rumah terbuka tahun baru cina di Pulau Pinang pagi tadi....terselit gambar ni...so ada pula tangan gatal yang pi edit sebegini...so apa lagi admin MP post la...hamik kau...walau apa pun admin MP sentiasa mendoakan kebahagiaan Shila dengan siapa pun pasangan pilihannya....admin malas nk sebut nama...kot2 admin ada can ke...hahaha! Admin pun org Penang gak...Shila, suara ang mmg best, mami suka sngat, patut la ampa menang apajadah tu....Asia Wave, betoi ka mami eja tu, hikhikhik? All da best, still long way to go Shila....


















Selain persembahan Shila tadi, nak tahu sape perform lagi? PSY!!!! Hampa taw ka? Menari kuda tu Gangnam style!!! Bertuah betoi org Penang. PSY mai perform tu....all the way to Penang baru balik show dari Brazil. So nak taw apa jadi? Nk layan gambar PSY perform tadi, pakat pi kt FB page Penang by Karim Daud, admin MP boh satu ja la...hahaha

Friday, February 8, 2013

Nd Lala vs Sharnaaz Dalam Galaksi Tv9 8 Feb



Tadi sempat tengok Galaksi Tv9 , 8 Feb, menyiarkan apa komen komen Sharnaaz Ahmad dan juga Nd lala tentang konflik yg melanda  mereka. Sharnaaz Ahmad menjawab seperti yang ada dipaparkan di media berkisar isu konflik antara dia dan Nd Lala. Gaya dan jawapan Sharnaaz seperti yang selalu dilihat di media, lantang, tak tapis tapis, memang kena lah

dengan watak yang diberikan pada dia dalam Juvana, Lan Todak yang ganasss. Jawapan pun ganas ganas je..tapi dia tetap yakin itulah diri dia sendiri dan tak nak hipokrit. Takut pulak tengok gaya Sharnaaz macam bagi warning je kat Nd Lala masa part akhir sesi temubual dgn Kiah Propa tu.

Sharnaaz diminta menyampaikan mesej pada Shila, kata Sharnaaz , ingat..siapa yang selalu bagi support dan sokongan pada dia(Shila) selama ni. ( rasanya parent Shila lagi banyak berkorban kot selama umur Shila ni…ye tak Sharnaaz?)

Sharnaaz mengulangi ayat yang kebenaran pasti jua akan datang akhirnya...TERUSKAN MEMBACA

(VIDEO)Shila Amzah Mohon Maaf, Rindu Semua & Nyanyi Lagu Ombak Rindu


Kalau anda tidak merasai kesedihan yang dialami oleh Shila Amzah ketika menonton video ini, anda pasti seorang yang hati kering. Dada Abang Nara terasa seperti tercucuk melihat mata bengkak Shila yang menitiskan air mata sepanjang menyanyikan lagu Ombak Rindu.



Video ini telah diupload oleh Shila Amzah menerusi laman YouTubenya dan kemudiannya telah pun dibuang kira-kira sejam selepas itu. Sedih betul Abang Nara mendengar kata-kata yang diucapkan awal video ini. Memang Shila tengah sedih sangat.

"Assamualaikum semua. Sha harap semua okey..Sha minta maaf sebab timbulkan kerisauan pada semua. Sha…(dengan suara tersekat-sekat, dan kemudian berhenti dan menangis) mak…abah.. Sha minta maaf sangat eh.. Sha rindu sangat pada semua orang…."

Kepada Shila Amzah, tabahlah. Jangan sedih-sedih. Kumbang bukan seekor. Cuba bawa berbincang dengan keluarga anda. Jangan larikan diri daripada masalah. Hadapinya. Banyakkan berdoa dan mohon pertolongan daripada Yang Esa. Semoga bahagia menanti anda suatu hari nanti.

Sumber: http://beautifulnara.com/video-shila-amzah-mohon-maaf/?fb_source=pubv1

Maksud Bunga Di Sebalik Pemberian



Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm. Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga tumbuhan saka, tergolong dalam kumpulan Angiosperm.

Bunga Mawar adalah satu bunga baru bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga mawar mempunyai bau harum, biasanya mawar kampung (damask rose)mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.

Maksud Disebalik Warna:

Merah - lambang cinta , keberanian , penghargaan , romantik , dan kehangatan.
Kuning - lambang kegembiraan , kebahagiaan , kebebasan dan persahabatan.
Putih - lambangkehormatan dan kesucian hati.
Merah Jambu - lambang bergaya dan kesyukuran.
Merah Jambu Pekat - lambang terima kasih.
Merah Jambu Cair - lambang sedih , simpati dan persahabatan.
Jingga - lambang teruja dan bangga.
Biru - lambang misteri , khayalan dan mengharapkan peluang baru.
Gabungan Merah dan Putih - lambang penyatuan.
Gabungan Merah dan Kuning - lambang setia dan gembira.

Maksud Disebalik Bilangan
1 ros - cinta pandang pertama , kamu adalah orang yang ku tunggu-tunggu.
2 ros - saling mencintai antara satu sama lain.
3 ros - I LOVE U.
6 ros - aku ingin menjadi milikmu.
7 ros - aku tergila-gilakan kamu.
9 ros - sebuah cinta yang kekal kekal bersama selagi kita hidup.
10 ros - you’re perfect! 
11 ros - kamu adalah amat berharga bagi ku , dan adalah orang yang paling aku cintai.
12 ros - be my steady.
13 ros - secret admirer. 
15 ros - aku benar2 menyesal . maafkan aku!
20 ros - percayalah, aku ikhlas terhadap mu.
21 ros - aku tercipta hanya untuk kamu.
24 ros - tidak berhenti memikirkan kamu… 24 hours tau..   
33 ros - untuk mengucapkan ‘ I LOVE YOU ‘ dengan penuh kasih sayang.
36 ros - aku akan kenang saat romantis kita.
40 ros - cintaku padamu adalah BENAR!
50 ros - aku takkan pernah menyesal dengan cinta ini.
99 ros - aku mencintai mu selama hayat ku. 
100 ros - akan kekal hidup bahagia bersama sehingga 100 tahun , kekal bersama sehingga hari tua.
101 ros - you are my one and only one.
108 ros - please marry me honey???? 
365 ros - tidak dapat berhenti memikirkan kamu setiap hari.
999 ros - cinta kita kekal abadi selamanya.

ND Lala Kecewa Sharnaaz Ahmad Tetap Mahu Masuk Merisik


ND Lala menyuarakan rasa kecewa beliau denga kenyataan Sharnaaz Ahmad yang mengakui Shila Amzah adalah bakal isterinya kerana beliau tidak pernah berbincang tentang isu perkahwinan...TERUSKAN MEMBACA

Tuesday, January 29, 2013

Asal Usul Zairil Khir Johari@Christopher Ross Lim, Anak Pemimpin PAP Terbongkar


Banyak desas-desus yang berlegar dari tahun 2011 berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Zairil Khir Johari. Bermula dengan cita-citanya yang ingin menjadi Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan atau lebih tepat lagi DAP, memenangi Perak dalam PRU-13 yang akan menjelang tiba bila-bila masa sahaja lagi. Kemudian kisah Zairil ini dihangatkan lagi baru-baru ini semasa CEC DAP yang lalu, kononnya dialah satu-satunya ‘Melayu’ yang terpilih didalam CEC DAP. 


Maklumat terbaru yang penulis dapat dari sahabat di Singapura telah membongkar siapa Zairil yang sebenarnya. Kisah Zairil yang hanyalah sekadar anak tiri kepada Khir Johari seorang bekas pemimpin UMNO bukan lagi rahsia malah penduduk Kampung Kanchut, Alor Star sendiri yang mendedahkannya...TERUSKAN MEMBACA

Monday, January 28, 2013

Majlis syura PAS sahkan Nasha digugur



Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa hari ini terjawab apabila setiausaha majlis syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa bekas timbalan presiden parti itu kini digugurkan keanggotannya dalam badan tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian Online, Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya seperti dipetik laman tersebut.

Tambahnya, majlis syura juga telah menyerahkan surat perlucutan jawatan tersebut selepas mesyuarat berkenaan.

Nasharudin beberapa hari lalu dilaporkan menyertai gerombolan Umno, bersama presiden parti tersebut Datuk Seri Najib Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Gaza.


Menyentuh perkara itu, Nik Zawawi dalam laporan laman berita itu berkata: “Itu terpulanglah kepada dia (Nasharuddin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Nasharudin pada pertengahan November lalu dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang berlangsung di Kota Bharu.


Nasharudin pada masa itu dilaporkan berkata ketidakhadirannya itu "bukan isu besar" dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya.

Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin itu timbul ekoran kenyataan Nasharuddin sebelum ini yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud – seperti dilaporkan meluas oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

Susulan itu, timbul saranan daripada pemimpin parti supaya majlis syura ulama PAS menasihatkan Nasharudin Mat Isa supaya berundur daripada menganggota jawatankuasa tersebut bagi mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

Mesyuarat majlis syura – yang berkuasa memecat keanggotaan ahlinya – pada 9 September lalu bagaimanapun mengekal Nasharudin sebagai anggota jawatankuasa tersebut.

Susulan itu, Nasharudin terus mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap mempertikai kerjasama PAS dalam Pakatan dan juga hala tuju partinya itu dalam memperjuangkan Islam.

Dalam satu ucapan pada Oktober lalu, Nasharudin mendakwa seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.

Dalam ucapan sama, Nasharudin turut mendakwa bahawa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun sebelumnya menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.


Anda tentukan: Adakah "apek" ni bertuah ataupun malang?

Lagi satu video buat pelayar tenet tegar malam hari. Pertama sekali terima kasih sebab "sapot" laman MP ni. Kalau nak "stori-mori" yang best-best singgah la selalu ke laman ni.

Berbalik pada post kali ini, apek ini telah mengajar admin supaya bersyukur dengan setiap pekerjaan yang kita buat. Kenapa?

Tengok la sendiri. Layan! (VIDEO)

SUMBER: JobInessDotCom

"Gotong-royong" belasah peragut sampai taubat!


Sedang admin melayari tenet di kala bulan di pagar bintang, admin terjumpa video ini. Sangat teruja dengan aksi orang awam tanpa segan silu "meminjamkan" tangan, kaki, siku, lutut ke tubuh 2 orang peragut ini. Mungkin video ini mampu menjadi teladan kepada mereka yang baru-baru bercadang nak meragut.

Saksikan video "gotong-royong" ini :

Sunday, January 27, 2013

Panas! Najib Razak mengaku bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan



BERITA panas hari ini, disiarkan di Metro Ahad muka surat S21 ruangan selebriti. Metro Ahad menyiarkan pengakuan Najib Razak yang mendakwa beliau sama-sama suka dengan pelakon Rozita Che Wan...TERUSKAN MEMBACA 

Cannibal Cop’s Online Friend Bragged of Eating a ‘Black Woman and a White Child’ and ‘Roasting Whole Pelvises’


Last October, 28-year-0ld NYPD officer Gilbert Valle III, aka the Cannibal Cop, was arrested and charged with "conspiracy to kidnap, cook, and eat" up to 100 women. In court on Wednesday, prosecutors provided additional online chats (some online conversations were released in October) between Valle and one of his online cannibal buddies, who uses the screen name "Moody Blues." This Moody Blues character was, apparently, far more experienced than Valle, who hadn't actually eaten anyone yet...READ MORE

Apa jasa Anwar ketika beliau punya kuasa ?


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan apakah jasa Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada agama, bangsa dan negara sepanjang lebih 17 tahun Ketua Umum PKR itu menerajui Umno Barisan Nasional (BN)...TERUSKAN MEMBACA

Anwar resah gagal kendali isu kalimah Allah


[ULASAN] “Kalau Umno ambil berat betul pandangan Majlis Syura (PAS), maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Lantas dengan nada menyindir Umno BN, Anwar mencadangkan supaya Umno mengamal dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama PAS jika benar ia mengambil berat pandangan badan tertinggi PAS itu...TERUSKAN MEMBACA

Friday, January 25, 2013

LISTEN! Order Starbucks drive-thru secara rap! Ini semua poyo!


Memang kreatif abis mamat & minah saleh dalam video ni. Order menu secara rap! Sembang banyak pun tak guna. Jom kita layan video di bawah ni:

p/s: untuk makluman, starbucks drive-thru gurney @ penang belum kena lagi. So, selamat mencuba! Hahaha...

-MP-



Isu Gambar Pra Perkahwinan Kenyataan Balas Saiful Nang Kepada Ibu Liyana Jasmay


Betul ke makcik? Atau kerana saya tidak beri hak ekslusif gambar kepada wartawan Berita Harian kegemaran makcik? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tidak pernah diberitahu & tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif B-Pop. Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini...TERUSKAN MEMBACA

Wednesday, January 23, 2013

(15 GAMBAR)Nelydia Senrose, Kini Popular Dengan Drama Setia Hujung Nyawa



Agak unik nama pelakon baru yang sedang meningkat naik ini. Nelydia Senrose kini semakin popular menerusi watak Ersalina di dalam drama Setia Hujung Nyawa. Dilahirkan pada tahun 1994, Nelydia Senrose merupakan gadis kacukan Kelantan dan Siam. Selain memiliki wajah yang comel dan mata yang bulat, mutu lakonan yang ditunjukkan oleh Nelydia Senrose juga boleh dibanggakan. Senang cerita, Nelydia ada pakej yang tersendiri. Bukan sekadar terjun ke bidang lakonan kerana mempunyai wajah yang boleh dijual...NAK TENGOK LAGI GAMBAR?...KLIK SINI.

Terkini! Ayah Pin Kini Merana Kerana Lumpuh


Pemimpin ajaran sesat Ayah Pin, antara kumpulan ajaran sesat yang paling tergar di saat ini yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Pemimpin ajaran sesat ini, Ariffin Muhammad 75 tahun yang mengaku dirinya tuhan di dakwa sudah lumpuh separuh badan apabila ada yang melihat Ayah Pin berulang alik dari rumahnya di Batu 13 Hulu Besut ke Bachok untuk berjumpa seorang tukang urut. 

Ayah Pin di lihat bersama 2 isterinya bersama seorang anak perempuannya menaiki sebuah kenderaan MPV setiap kali ke Bachok. 

Abang kepada Ayah Pin, Abdul Rahman 64 tahun berkata abangnya (Ayah Pin) di serang angin ahmar dan lumpuh separuh badan dan herot muka kanannya ketika minum di sebuah gerai di Batu 13 Hulu Besut bulan lepas.

SUMBER: http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4530018468813923963#editor/target=post;postID=9195124439683883320

PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK ADALAH BERBAHAYA!


Trend terkini remaja Malaysia adalah menghisap rokok elektronik sebagai usaha untuk berhenti merokok. Tetapi, tahukah anda rokok elektronik sebenarnya tidaklah begitu bagus untuk diamalkan?


VIENNA 4 Sept. – Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.
Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.
Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.
Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.
Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.
Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.
Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.
“Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.
“Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,’‘ katanya.