Pemimpin ajaran sesat Ayah Pin, antara kumpulan ajaran sesat yang paling tergar di saat ini yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Pemimpin ajaran sesat ini, Ariffin Muhammad 75 tahun yang mengaku dirinya tuhan di dakwa sudah lumpuh separuh badan apabila ada yang melihat Ayah Pin berulang alik dari rumahnya di Batu 13 Hulu Besut ke Bachok untuk berjumpa seorang tukang urut.
Ayah Pin di lihat bersama 2 isterinya bersama seorang anak perempuannya menaiki sebuah kenderaan MPV setiap kali ke Bachok.
Abang kepada Ayah Pin, Abdul Rahman 64 tahun berkata abangnya (Ayah Pin) di serang angin ahmar dan lumpuh separuh badan dan herot muka kanannya ketika minum di sebuah gerai di Batu 13 Hulu Besut bulan lepas.
SUMBER: http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4530018468813923963#editor/target=post;postID=9195124439683883320
0 comments:
Post a Comment
MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.