Sebelum aku mengomel lebih lanjut, tahniah diucapkan kepada penduduk Kg. Buah Pala kerana perjuangan mereka telah menemui habuan yang sangat berbaloi-baloi. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.
Baru-baru ini aku telah berkunjung ke Kg. Buah Pala bagi meninjau kampung yang suatu masa dahulu telah mencetuskan kontrovesi panas sehingga melibatkan campur tangan politik.
Alangkah terkejutnya aku melihat keadaan kampung yang suatu ketika dahulu dalam keadaan daif telah bertukar kepada kawasan yang bakal dikelaskan sebagai kawasan perumahan elit. Transformasi dari Kg. Buah Pala kepada Lorong Buah Pala.
Pastinya setiap rakyat di Pulau Pinang akan mencemburui nikmat yang bakal dinikmati oleh penduduk "Lorong Buah Pala" pada hujung tahun ini. Tetiba terdetik di hati aku, kalau la aku tahu habuan yang bakal mereka nikmati ini, mahu juga aku pacak pondok kecil di Kg. Buah Pala tu. Namun takdir aku berbeza. Takdir penduduk Kg. Buah Pala juga berbeza.
Rumah teres 2 tingkat yang bakal mereka diami ini mempunyai 3 buah bilik di bahagian atas dan 3 buah bilik air (1 di dalam bilik utama, 1 di bahagian atas & 1 di bahagian bawah). Keluasan rumah ini melebihi 800 kaki persegi termasuk bahagian atas. Tak percaya? Aku pun pada mulanya tak percaya tapi selepas melihat dengan mata & kepala otak aku sendiri, bibirku berkata, "Wow!" sambil mata terbeliak. Pekara yang menyebabkan mata aku terus terbeliak apabila mendapat tahu rumah yang bakal didiami ini mencecah RM600,000.00!!! Penduduk terlibat hanya membayar RM1.00 untuk proses dokumentasi. Sangat berbaloikan?
Namun, masih ada 9 isi rumah yang menolak nikmat yang sangat berbaloi ini angkara pahaman fanatik politik masing-masing. Bagi aku, politik akan tetap berpolitik tetapi nasib penyokong politik tiada jaminannya. Kasihan aku apabila di khabarkan bahawa nasib 9 isi rumah ini tidak diketahui lagi. Semoga penyokong-penyokong parti politik ini menerima nasib yang setimpal dengan sokongan yang mereka telah berikan.
Menerusi maklumat yang aku perolehi ini terfikirkah kita khususnya rakyat Melayu P.Pinang akan "tuah" yang diperolehi oleh penduduk Kg, Buah Pala yang majoritinya kaum India beragama Hindu.
Menurut seorang sahabat dari Majlis Perbandaran P.Pinang (MPPP), tanah milik kerajaan yang telah dihuni secara bahasa halusnya "pinjaman" ini kini menjadi milik mewah "tetap" penghuninya. Nikmat mereka ini bukan menjadi persoalan yang patut kita endahkan tapi pernahkah dalam sejarah bangsa Melayu di Malaysia khususnya di Pulau Pinang menerima nasib yang sama seperti mereka. Menerima nikmat yang bukan hanya setimpal malah berlimpah-ruah.
Kini aku menanti apakah pula nasib penduduk Melayu di Tanjung Tokong yang sedang "bergelut" dengan UDA Holding. Marilah sama-sama kita nantikan kejutan oleh pejuang-pejuang Melayu yang akan membela bangsa Melayu di Pulau Pinang.
Lihatlah nikmat berbaloi penghuni "pinjam" tanah kerajaan ini :
pandangan hadapan rumah : pekerja warga asing gigih menyiapkan rumah "bertuah" ini |
pandangan hadapan rumah : teres 2 tingkat |
berusaha menyiapkan dengan kadar segera demi penduduk "bertuah" |
bilik utama |
bilik utama |
tandas tingkat atas (boleh mandi 5 orang sekali) |
bilik atas |
tingkat bawah |
transformasi Kampung Buah Pala kepada "Lorong Buah Pala" -melayupulau- |
0 comments:
Post a Comment
MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.