Petikan E-mel kepada DLL TV1 (2 Nov 2009)

Thursday, November 18, 2010 0 comments
statistik pada tahun 2009
 Assalammualaikum WBT,

Sedang saya menonton Berita Nasional jam 12.00 malam pada 1 November 2009, saya terpaku dengan montaj paparan tajuk DLL pada jam 10 malam ini. "Melayu Pulau Pinang Terpinggir?"

Sebuah isu yang masih tiada berkesudahan walaupun seringkali dibincangkan. Isu yang hanya menjadi buah mulut tanpa sebarang solusi. Harapan Melayu Pulau Pinang untuk bangkit tidak pernah pudar. Malah makin membuak-buak. Namun salurannya sering terbatas dan hangat-hangat tahi ayam.

Saya merupakan salah seorang Melayu Pulau Pinang yang pastinya merasakan peminggiran ini di negeri sendiri. Namun persoalannya sampai bila? Bukan hendak menuding jari tapi dimanakah kesudahannya.

Ingin saya kongsikan pendapat saya dalam topik minggu ini. Pertama sekali, MENTALITI Melayu Pulau Pinang perlu diubah. Jika di lihat secara rambang, Melayu Pulau Pinang kebanyakan tidak berpeluang melangkah jauh seperti Melayu di negeri lain. Jika ada pun sering terbatas. Akibatnya, Melayu Pulau Pinang hanya mampu pasrah dengan apa yang ada.

Kebanyakan Melayu Pulau Pinang lebih rela makan gaji. Bekerja kilang menjadi pilihan. Tiada pilihan yang lebih baik. Haluan tidak jelas. Pada pertengahan tahun ini, seluruh dunia dilanda kemelut ekonomi yang teruk. Sektor perkilangan adalah paling terjejas. Melayu Pulau Pinang amat terkesan. Bergolok bergadai terpaksa menjadi amalan demi meneruskan kehidupan. Sudah menjadi tradisi setiap kali sektor perkilangan ini menghadapi kemelut.

Berdasarkan pengalaman yang saya sendiri lalui, kemampuan Melayu P.Pinang hanya sekadar bersifat cukup makan. Tidak banyak anak Melayu P.Pinang berpeluang menjana ekonomi sendiri. Saingan bangsa lain yang sudah menapak kukuh membataskan peluang yang diintai.

Di P.Pinang, jika kita melihat kereta BMW 7 series menyusur di jalanan, pastinya pemiliknya bukan Melayu. Ini hakikat. Saya amat cemburu melihat nasib sebaliknya bangsa Melayu di luar. Amat berbeza dan boleh dibanggakan. Manakah kurangnya Melayu P.Pinang?

Dari segi pendidikan, tidak banyak Melayu P.Pinang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Setakat SPM sudah memadai. Seperti yang saya tekankan, haluan tidak jelas. Anak Melayu P.Pinang lebih berminat menerusi tradisi yang dianggap selamat dengan makan gaji di sektor perkilangan. Apakah tiada peluang lain untuk melangkah lebih jauh? MENTALITI harus diubah. Cuba mencipta inovasi namun sokongan adalah perlu. Jangan separuh jalan. Usaha tidak boleh hangat-hangat tahi ayam.

Melayu P.Pinang perlahan-lahan diusir keluar. Dibina rumah-rumah mewah di kawasan pekan dan bandar yang pastinya orang Melayu tidak mampu menghuninya. Oleh yang demikian, terpaksa keluar dari negeri sendiri. Ada Melayu yang asalnya dari P.Pinang dan berkerja di P.Pinang terpaksa berulang alik dari Kulim. Malahan ada juga dari Changlun, Kedah. Apa dah jadi? Seolah mengemis di negeri sendiri.

Golongan intelektual & profesional Melayu P.Pinang sendiri kebanyakannya terpaksa memilih untuk keluar dari negeri ini. Tiada peluang yang jelas. Bincang tetap tidak sudah. Melayu P.Pinang mahukan solusi. Golongan ini perlu kembali untuk menjana perkembangan Melayu P.Pinang.

Semoga DLL dapat menjadi hamparan kepada anjakan paradigma pertama kepada Melayu P.Pinang untuk berubah. Sedarlah Melayu P.Pinang!

Sekian.

MELAYU INGIN SOLUSI

-melayupulau-

0 comments:

Post a Comment

MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.

 

©Copyright 2011 Melayu Pulau | TNB