PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432H / 2010

Tuesday, December 7, 2010 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Saudara dan saudari sekalian
  1. Mendahului perutusan ini, kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita menyambut Maal Hijrah 1432H bersamaan 2010M pada tahun ini dalam suasana kesederhanaan dan penuh kerahmatan.
  2. Hari ini, seluruh umat Islam sedang memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. yang penuh barakah itu. Bagi kita, sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah adalah satu gerakan berstrategik melalui penjanaan daya kreativiti yang tinggi dilatari oleh tradisi keilmuan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t
  3. Sambutan Maal Hijrah di negara kita pada tahun ini bertemakan “1Malaysia, 1Ummah”. Tema ini bertepatan dengan semangat hijrah yang dirukuni oleh Rasulullah s.a.w. dalam melahirkan satu ummah yang berteraskan kepada nilai-nilai murni, berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan melalui kepelbagaian...READ MORE

0 comments:

Post a Comment

MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.

 

©Copyright 2011 Melayu Pulau | TNB