Isu rumah mewah: Taktik halus DAP halau orang Melayu dari Pulau Pinang

Thursday, February 21, 2013 0 comments


KUALA LUMPUR, 17 Feb. 2013 - Niat kerajaan DAP Pulau Pinang mengenakan pelbagai syarat tidak munasabah kepada syarikat pemaju yang mahu membina rumah kos rendah dilihat sebagai satu taktik halus untuk menghalau orang Melayu keluar dari negeri itu.

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri itu hanya berminat membina rumah kos mewah di Pulau Pinang yang tidak mampu untuk dibeli oleh kebanyakkan orang Melayu di situ.

"Memang betul DAP ada niat tidak baik untuk menyukarkan proses bagi pembinaan rumah kos rendah di negeri itu. Sebenarnya, mereka memang tidak mahu bina rumah kos rendah," katanya ketika di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari Sabtu(16 Feb 2013) yang berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan berniat tidak baik apabila cuba menghalang pembangunan projek rumah kos rendah di negeri ini dengan meletakkan pelbagai syarat tidak munasabah bagi pembinaannya.

Menurut Nor Mohamed, projek Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya tidak terkecuali apabila kerajaan negeri meletakkan syarat keterlaluan kepada JKP Sdn. Bhd. (JKP) yang mahu membangunkan 703 unit bangunan bercampur di atas tanah seluas 5.26 hektar yang dibeli sendiri JKP daripada pihak swasta.

Lebih menyedihkan, Nor Mohamed berkata sebanyak RM12 juta dibelanjakan bagi tujuan pembelian tanah dan pembayaran pampasan, tetapi akhirnya kerajaan negeri meletakkan syarat mahu laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan 400 unit rumah kos rendah didirikan.

Menurut Nor Mohamed, melalui projek Kampung Bagan Serai itu, JKP mahu membina rumah kos rendah yang akan dijual pada harga RM42,000 seunit, rumah teres dua tingkat dengan harga RM299,000 seunit dan rumah kedai pada harga RM129,000.

Mohamed Razali berkata, pada dasarnya, tidak ada rumah kos rendah yang pernah dibina di negeri itu khusus untuk membantu rakyat golongan berpendapatan rendah memiliki rumah.

Sebaliknya, kata beliau, rumah mampu milik juga berharga RM400,000 jadi amat mustahil bagi rakyat yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah sendiri.

SUMBER : UTUSAN

0 comments:

Post a Comment

MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.

 

©Copyright 2011 Melayu Pulau | TNB