Kalau anda tidak merasai kesedihan yang dialami oleh Shila Amzah ketika menonton video ini, anda pasti seorang yang hati kering. Dada Abang Nara terasa seperti tercucuk melihat mata bengkak Shila yang menitiskan air mata sepanjang menyanyikan lagu Ombak Rindu.
Video ini telah diupload oleh Shila Amzah menerusi laman YouTubenya dan kemudiannya telah pun dibuang kira-kira sejam selepas itu. Sedih betul Abang Nara mendengar kata-kata yang diucapkan awal video ini. Memang Shila tengah sedih sangat.
"Assamualaikum semua. Sha harap semua okey..Sha minta maaf sebab timbulkan kerisauan pada semua. Sha…(dengan suara tersekat-sekat, dan kemudian berhenti dan menangis) mak…abah.. Sha minta maaf sangat eh.. Sha rindu sangat pada semua orang…."
Kepada Shila Amzah, tabahlah. Jangan sedih-sedih. Kumbang bukan seekor. Cuba bawa berbincang dengan keluarga anda. Jangan larikan diri daripada masalah. Hadapinya. Banyakkan berdoa dan mohon pertolongan daripada Yang Esa. Semoga bahagia menanti anda suatu hari nanti.
Sumber: http://beautifulnara.com/video-shila-amzah-mohon-maaf/?fb_source=pubv1
0 comments:
Post a Comment
MP mengalu-alukan setiap pendapat/pandangan/komen yang bijaksana daripada para pembaca dan MP pastinya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pendapat/pandangan/komen yang anda diberikan.